gambar lawak cerita lawak

Aril Af7 :: Disambar KRU

Posted My Gosip: 6 May 2009 at 2:09 pm under gosip artis  

PROGRAM realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh belum pun melabuhkan tirainya, salah seorang pelajar yang tersingkir pada minggu ketujuh lalu, Aril dikhabarkan akan ‘dilamar’ menyertai KRU Studios.Malah, Aril tidak perlu tunggu AF Masuk untuk meneruskan bakat besarnya. Dia sudahpun mendapat perhatian syarikat rakaman yang berminat untuk menyediakan ‘platform’ untuknya mengasah bakatnya.

Berita ini turut disahkan oleh Ketua Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim ketika majlis pengumuman kerjasama antara KRU Studios dan Telekom Malaysia Berhad bagi filem ‘Jin Notti’, semalam.Sambil tersenyum Norman berkata ‘dalam perancangan’ dan enggan mengulas lanjut tentang Aril.Dia berkata KRU akan membuat satu pengumuman mengenai hal itu apabila tiba masanya nanti.

Kami hanya mengikut putaran masa dengan bakat yang ada. Kami sudah ada kerjasama dengan artis lain seperti mengambil Adam dan Dafi sebagai artis rakaman, menggubah lagu Demam untuk Candy, dan Mawi (lagu Sujud).
Dalam industri ini, kita perlu bekerjasama dengan banyak pihak dan saling percaya antara satu sama lain bagaikan satu ikatan,” kata Norman.

“Saya lihat KRU mempunyai keserasian dengan Astro seperti menerusi program AF. Tetapi semuanya bergantung kepada mereka.
“Namun begitu, kami kurang berminat dalam bidang pengurusan artis tetapi lebih kepada bidang rakaman dan persembahan,” ujarnya.

Ditanya tidakkah KRU berminat untuk mengambil peserta wanita AF bernaung di bawah syarikatnya, Norman berkata, “Insya-Allah..kami berharap untuk mengambil artis wanita tetapi terpulanglah.”

Penyanyi Anita Sarawak merupakan satu-satunya penyanyi wanita yang bernaung di bawah label KRU sehingga sekarang dan kali terakhir penyanyi wanita berkhidmat dengan KRU adalah Ezlynn.

apa pun, mygosip berharap aril berjaya dalam bidang seni yang dia nak ceburi ni… good luck shuffle!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Takkan Tengok Jer, Comment La Sikit..

Comments

4 Responses to “Aril Af7 :: Disambar KRU”
  1. Eqa says:

    kesian kat first komenter,eja pun xbetol.kalau xpandai menaip jgn menaip.kan dh buat org nak tergelak.aril ni muka dia lawak.mcm monkey!

  2. nuranim says:

    ~gud luck~ ^_^ peace..

  3. azzie says:

    aril gud luck paling best kalo aril dan adam begabung>>>><<<<< baru la gemoak

  4. fital says:

    Salam Ziarah & salam blogawan

    sejarah telah membuktikan artis yang berjaya mencipta rekod yg gemilangan adalah lahir dari peserta yang gagal ke peringkat akhir dalam sesuatu pertandingan contohnya Siti Norhaliza, Nor Aini Idris dll.