Akhil Hayy dan Maizawati Zainal Bercerai Talak Satu
Penyanyi nasyid dan pendakwah bebas, Akhil Hayy sah menceraikan isterinya, Maizawati Zainal dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pukul 11.55 pagi [15.07.2009]
kisah sensasi tiga penjuru ini akhirnya berakhir juga dengan penceraian, pengakhiran yang tidak diingini oleh mana-mana pasangan yang beriman melainkan masaalah mereka tiada jalan penyelesaian.
Akhil, 40, menceraikan Maizawati,33 dalam nada tenang selepas bersalaman memohon maaf.
“Bahawa saya, Akhil dengan ini menceraikan isteri saya, Maizawati Zainal dengan talak satu,” kata Akhil di hadapan Hakim Syarie Mohd Ridhuan Yusof.
Keputusan itu disahkan oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd. Ridhuan Yusof.Hasil persetujuan kedua belah pihak, hak penjagaan empat orang anak (hadanah) mereka diserahkan kepada Maiza manakala hak lawatan diberikan kepada Akhil pada bila-bila masa termasuk cuti sekolah dan perayaan.
Bagi anak-anak yang telah mumaiyiz (cukup umur) dibenarkan untuk tinggal dengan ibu atau bapa mereka mengikut keselesaan.
Melalui persetujuan itu juga, Akhil akan biayai keseluruhan keperluan am dan nafkah anak-anak termasuk tempat tinggal, persekolahan dan sebagainya.
Selain itu, Akhil perlu melunaskan bayaran ansuran kereta Gen 2 milik Maiza sebanyak RM500 sebulan selagi bekas isterinya itu tidak mendirikan rumah tangga.
Sementara itu, rumah yang didaftar atas nama bersama akan dikekalkan bahagian pada Maiza manakala bahagian Akhil akan diserahkan kepada empat orang anak dan dia menjadi peneraju rumah serta biayai ansuran dan bil-bil dalam rumah tersebut.
Seterusnya, Akhil diminta membayar nafkah edah sebanyak RM15,000 kepada Maiza dalam tempoh tiga kali suci.

berikut adalah interview diantara akhil hayy dengan wartawan
“Semua dah selesai..jangan keruhkan suasana..saya tegaskan penceraian saya bukan
disebabkan pihak ketiga.“Ini ketentuan ‘tuan punya dunia’..jalan hidup
perlu diteruskan.“Cukup-cukuplah gosipkan pihak yang satu lagi.
Moga-moga semuanya dapat meneruskan kehidupan,” ujar Akhil yang berkali-kali
menegaskan penceraian mereka bukan disebabkan oleh pihak ketiga.Ditanya
kenapa dia berbuat demikian, Akhil berkata sebab spekulasi yang timbul.Akhil berkata dengan penuh makna,”Kadang-kadang aku pohon setangkai
bunga, Allah bagi pohon berduri; aku pohon rama-rama, Allah bagi ulat
berbulu…..mula-mula saya kecewa tapi itu yang jadi.“Allah dah letak
keputusan yang baik dan saya ambil hikmah yang positif.“Kita tiada
ruang…orang panggil saya berceramah dan ini kehidupan peribadi saya. Itu
(penceraian) hakikat dan lepas ni jangan sensasikan lagi. Doakan yang terbaik.“Kredibiliti saya sudah banyak yang tercalar… tapi perjuangan perlu
diteruskan,” hujahnya.Diaju pula tentang isu dia pernah meminta
persetujuan Maiza untuk berkahwin dengan penyanyi Waheeda pada Februari lalu,
Akhil berkata itu antara dia dan bekas isterinya lantas berkata ‘buat apa saya
nak beritahu wartawan?’.Diasak pula dengan soalan adakah dia akan
meneruskan niat untuk berkahwin dengan Waheeda selepas ini, Akhil enggan
mengulas lanjut.


korang fikikan lah apa yang tersurat dan tersirat, bagi mygosip, apa sahaja keputusan yang dibuat, pasti ada baik dan buruknya..
< prev post
well…. kalau bukan kerana org ketiga (Waheeda), takkan lah sampai berkawin ehhk dgn si Waheeda tu tak lama selepas bercerai…? Tuhan beri kita akal utk berfikir dan menganalisa logic dan tak logic nya….
Alah tgk lah sekeliling… kalau nak justify kesalahan nafsu nafsi sendiri macam sampai ke Allah semua keluar… padahal punya padahal… sama lah macam2 ramai lelaki2 tu.. part kawin lebih dari sorang ikut sunnah nabi… part hal2 lain taknak pulak ikut sunnah dan ketentuan Ugama…
makasi sebab banned B'jue Corner.
muda2an anda murah rezki.
ustaz je lebih… imej berkopiah dah teruk sekarang! gara-gara orang mcm ni. dulu kecoh pasal pak aji duk rogol sana sini, la ni duk kecoh pasai curang sana sini… apa dah jadi!!!!