Diana Amir tak selesa jadi perlakon??
Diana Amir yang cute dan comel ini mula popular dengan drama bersiri impian musim pertama, dan sejak dari situ, Diana Amir menerima banyak tawaran berlakon.. tapi!! kenapa Diana Amir tak selesa untuk meneruskan kerjaya sebagai perlakon?? jom kita baca interview Diana Amir dengan wartawan.
“Saya hanya dapat ambil sikit saja tawaran kerana ketika Impian tamat, saya
cukup sibuk dengan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang
Pengurusan Sumber Manusia.“Tawaran yang saya terima pun lebih kepada
watak sampingan, termasuklah sebuah filem arahan Farid Kamil, Remp-It V3. Tetapi
sekarang ini saya sudah berada di tahun akhir dan sedang menjalani praktikal di
Bangsar”“Kebetulan pula saya ditawarkan lagi memegang watak Aleeya
dalam Impian musim kedua. Jadi saya ambil peluang ini walaupun adakalanya
bertembung juga jadual penggambaran dengan rutin harian,”“Sejujurnya,
saya sendiri tidak tahu apa yang saya ingin fokus selepas tamat pengajian
nanti…sama ada untuk terus berlakon, sambung belajar atau bekerja dalam bidang
yang saya pelajari.”“Bukannya tidak minat berlakon, tetapi saya rasa
saya tidak begitu selesa hidup tanpa privasi…ada orang yang suka kita dan ada
yang tidak. Benda-benda macam ini pun adakalanya buatkan saya tidak tahan,” kata
pelakon kelahiran Birmingham, England.
ohh!!! ni semua gara-gara kami ke? para-para blogger hiburan gosip-gosip sensasi ni.. hehehe.. ala, lama-lama nanti Diana Amir biasa la dengan semua ni.. mula-mula je tak tahan.
hope Diana Amir teruskan la kerjaya sebagai perlakon.
buat peminat Diana Amir, amik ko gambar paling cute Diana Amir.. cute kan! dia ni single lagi ke ek? urmm… nanti mygosip korek!

sedikit sebanyak sinopsis drama bersiri impian musim terbaru:.
Aleeya mempunyai impian baru, iaitu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Dengan pengalamannya dalam bidang penulisan, minatnya yang mendalam serta pembelajarannya sebagai hos dalam program TV ‘Life Can’t Wait’, Aleeya membuat keputusan untuk membuka syarikatnya sendiri, ‘GangofGirls TV’ yang menghasilkan program khas untuk internet.
Bersama dengan Kay, Aleeya menerbitkan program web berinspirasi ’Tentukan Hidup Anda’ dan program ’Layar Leeya’ yang mempamerkan isu-isu dekat di hatinya, yang merangkumi isu-isu seperti kebersihan alam sekitar, sindiket peminta sedekah dan isu soal hati.
Pada masa yang sama, dia juga menghadapi pelbagai cabaran dalam aspek hubungan barunya dengan teman lelaki, Johan.
Impian mula bersiaran semalam di TV3 selama setengah jam pada pukul 11 malam.
part of the article from wahida asrani
foto – mstar
< prev post
hahahaha.. senang skit udara nk masuk!…
idong kembang