Zoey Mengerjakan Umrah Di Tanah Suci Mekah
Posted My Gosip: 11 July 2009 at 12:33 am under gosip artis
Kebiasaanya mereka yang mengerjakan Umrah ke Mekah sering pulang dengan membawa suatu keinsafan dan perasaan yang sangat bersyukur terhadap Allah subhanahu wa taala. Pengacara program Gerak Geri Gasing terbitan Astro Ceria, Zoey Rahman, 24, yang baru-baru ini berkunjung ke Tanah Suci dapat merasai perubahan positif dalam dirinya.
Zoey memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dapat mengerjakan umrah bersama ibu dan abangnya. Lebih terharu bagi pengacara program ‘Gerak Geri Gasing’ ini, dia kini telah menjadi lebih positif dari segi minda, perwatakan dan pembawaan diri.
Menurut Zoey, “Saya lebih mendekati Allah s.w.t dan agama. Kalau boleh dah tak nak tinggal sembahyang lagi.”
Katanya, umrah yang dikerjakannya itu sedikit-sebanyak memberikan kesan kepada bidang lakonannya.
Seperkara lagi, Zoey berkata sebagai artis, dia akan terfikirkan anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal semasa membuat persembahan.
“Saya ingin menderma wang mahupun persembahan dengan menziarahi rumah anak-yatim piatu dan ibu-ibu tunggal selain berbuka puasa dengan mereka,” ujarnya.
Zoey pernah berlakon dalam drama Bong (TV9) musim pertama hingga keempat, Impian serta Yusuf dalam slot Samarinda di TV3. Selain itu, Zoey juga biasa menjadi pengacara pada hari keluarga. Kata Zoey: “Saya pernah jadi pengacara untuk hari keluarga Petronas di Terengganu dan parti untuk kanak-kanak. Mengimbau pengalaman paling bermakna semasa mengerjakan umrah, Zoey bercerita saat-saat itu terdetik ketika dia, ibu dan abangnya melakukan ‘tawaf wida’.
Zoey kini sedang bekerja sebagai pereka bentuk dalaman (interior designer) dengan abangnya. Menurutnya, dia berterima kasih kepada abangnya yang sanggup memberinya ruang masa untuk bergiat dalam bidang pengacara, lakonan dan model.
Dalam pelbagai bidang yang diceburinya, Zoey mengakui dia tidak mampu melantunkan lagu semerdu penyanyi lain.
“Oleh itu, saya tidak dapat bayangkan apa yang bakal berlaku nanti ketika menyanyi di khalayak ramai untuk program Mega Raya Astro di Studio Ali Bawal,” katanya dengan gelak ketawa.

Sesiapa yang tak mengenali Zoey, Zoey adalah hos GerakGeri Gasing, juga pelakon drama Bong, dan Yusuff di TV3


5 Responses to “Zoey Mengerjakan Umrah Di Tanah Suci Mekah”
Alhamdulillah…terbuka hati adik zoey. :laugh:
emmmmmmm hehem jga zoey skrang hehehe
alhamdulillah…satu perubahan yang positif dan harap ia bukan untuk sementara sahaja…
sebelum ni pon,zoey tak la teruk…
semoga rezeki zoey semakin bertambah dan mendapat keberkatan dari yang ESA..Aamin…
betul2tuuuuuuuuuu
bgs la klu zoey dh berubah..
gpun sblum ni xde la gosip truk psl die…
smoge dia lbh positif ke arh islam