Black Mentor tidak terima tawaran dari MUH

  • >>
  •   |   Posted: 28 August 2009 at 9:49 pm  

    black mentorGosip panas yang melanda Black Mentor sebelum ini yang mengatakan beliau bakal menyertai kumpulan Meet Uncle Hussein(MUH) untuk mengantikan Lan hanyalah khabar angin sahaja.

    “Itu tinggal ura-ura Black bakal menganggotai MUH. Tapi, Black tidak dapat apa-apa tawaran berlisan mahupun hitam-putih (daripada MUH).

    “Lagipun, setakat ini, saya tidak terfikir perkara itu. Yang terpenting ialah biar saya berseorangan dulu,” kata Black pada sidang akhbar rakaman khas ‘Mentor Raya’ di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur semalam.

    Perkembangan terbaru Black sekarang ialah dia bakal melahirkan album penuh sulungnya pada November atau Disember tahun ini. Tak sabar kami nak menunggu album Black ni.. pasti meletop!

    Album Black juga dengarnya berkonsepkan genre rock secara amnya tetapi diselitkan sekali unsur ‘rock alternatif’ dan ‘pop rock’. Kita nantikan je la kemunculan album Black ni nanti.

    Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat