gambar lawak cerita lawak

Azwan Ali selamat mengerjakan Umrah

Posted My Gosip: 27 September 2009 at 10:21 pm under gosip artis  

Azwan Ali selamat mengerjakan UmrahAzwan Ali yang dicop sebagai pengacara paling laser yang penuh dengan kontroversi malah dibenci oleh kebanyakan pihak akhirnya insaf jua apabila Azwan Ali selamat melakukan Umrah di Tanah Suci pada 24 September yang lalu.

“Alhamdulillah, setelah saya selamat mengerjakan umrah, saya dapat rasakan ada perubahan pada diri saya dan moga-moga ini adalah Azwan Ali yang baru.

“Saya juga berharap supaya masyarakat dan juga orang-orang industri hiburan tidak lagi menyamakan Azwan Ali yang dahulu dan sekarang.

“Inya-Allah, saya berharap selepas ini jika masih ada pihak yang inginmemfitnah atau gosipkan saya, saya akan maafkan mereka awal-awal…malah saya akan terima dengan senyuman dan redha sahaja,”
Azwan Ali selamat mengerjakan Umrah“Saya bersyukur sangat apabila nama-nama yang saya anggap musuh saya,iaitu 10 orang wartawan yang pernah saya maki-hamun, saya dapat sebut dengan terang dan jelas berulang kali di hadapan Kaabah.

“Tapi tujuan saya sebut nama mereka bukanlah nak minta Tuhan turunkan bala kepada mereka. Sebaliknya saya minta Tuhan ampunkan dosa saya dan juga dosa mereka

“Saya pun bukanlah nak bermusuh selama-lamanya, jadi dengan cara inisaya minta Tuhan boleh beri petunjuk kepada kami,”

Azwan Ali selamat mengerjakan Umrah“Saya telah berada di sana selama 18 hari 16 malam, di mana lima hari saya berada di Madinah dan selebihnya di Kota Mekah.

“Saya merasa nikmat sangat kerana tidak ada berlaku sebarang musibah terhadap diri saya walaupun saya sering dicop dengan pelbagai gosipliar.

“Tetapi apabila saya sampai di sana saya rasa semua yang positif terhadap diri saya dan saya yakin semua itu adalah rezeki dari Allah s.w.t terhadap Azwan Ali,” kata Azwan Ali.

Kami berharap Azwan Ali benar-benar insaf dan taubat diatas apa yang telah berlaku sebelum ni.. Marilah kita kenali Azwan Ali yang baru ini dan lupakan Azwan Ali yang lama.. sama-sama lah kita bagi sokongan moral kepada Azwan Ali supaya beliau terus memilih jalan yang lurus.
Azwan Ali bersama unta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Takkan Tengok Jer, Comment La Sikit..

Comments

4 Responses to “Azwan Ali selamat mengerjakan Umrah”
  1. harayan says:

    JGN TAUBAT SEKEJAP JE SUDAH LA KN….

  2. Anonymous says:

    AlhamduliLLaH…

  3. TAUFIK SM™ says:

    gempak beb ….

    lol

  4. Anonymous says:

    Alhamdulillah..syukor…