Faizal Tahir jalani pembedahan lutut kanan
Faizal Tahir yang tercedera semasa bermain futsal di One Utama, dikatakan akan menjalani pembedahan pada pagi ini. Kejadian berlaku semasa Faizal Tahir terjatuh semasa bermain futsal sehinggakan beliau tidak mampu untuk berjalan, Faizal Tahir yang sebelum ini pernah mengalami kecederaan lutut kananya terpaksa mengunakan tongkat untuk berjalan selepas kejadian itu.
“Sebelum ini, dia memang mempunyai kecederaan lutut kanannya kerana bermain futsal. Pada Selasa lalu, dia bermain futsal di One Utama dan selepas terjatuh, dia tidak dapat berjalan.
“Dia terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan. Doktor menasihatkannya untuk menjalani pembedahan segera. Menurut doktor, kecederaan itu tidak boleh dibiarkan lama. Jika selepas raya, kecederaan lutut kanannya mungkin melarat,”
“Doktor-doktor berjanji akan memberi perhatian perubatan sepenuhnya kepada Faizal. Doktor-doktor memberitahu Faizal boleh jalan dalam tempoh dua atau tiga hari kalau tak ada apa-apa.
“Moga-moga, Faizal boleh keluar pada pagi Ahad ini,”
“Untuk persembahan, mungkin dia perlu berehat beberapa bulan tetapi kesemuanya bergantung kepada sejauh mana cepatnya dia sembuh.
“Dia perlukan rehat dan semoga pembedahan itu berjalan lancar. Jika tiada aral, doktor beritahu Faizal boleh balik pada Ahad ini dan dia ingin terus pulang ke Pulau Pinang untuk beraya sambil berehat,” kata pengurus Faizal Tahir, Haryadi.
< prev post