Gosip Krisdayanti dan skandal Rahul Lemos
Krisdayanti yang digosipkan dengan jutawan dari Timor Leste bernama Rahul Lemos, yang dikatakan menjadi punca penceraian Krisdayanti dan suaminya Anang dibantah tegas oleh Kris.
“Hati-hati bila berbicara tentang nama kerana ada pihak yang akan disakiti. Saya dan beliau hanya teman biasa saja,” katanya yang ditemani Yuni Shara pada temubual itu.
Menurut Krisdayanti, dia mengakui Rahul menjadi penaja utama yang mengundangnya mengadakan persembahan di sana.
“Betul, memang Rahul yang menaja dan membawa saya ke Timor Leste. Dan juga membawa Dian HP Production, penari dan kru-kru lain,” katanya.
Tambah Kris lagi, kunjungannya ke sana adalah sebagai tetamu negara, bukan sebagai tetamu ‘peribadi’ Rahul yang juga sudah mempunyai isteri.
“Saya di sana menjadi tetamu negara. Empat hari di sana, saya selalu dikawal,” ujarnya.
Kris bagaimanapun tidak mengulas lanjut sejak bila dia mula mengenali Rahul. Penyanyi tersohor ini juga menafikan pengakuan Martha, isteri Rahul yang mengatakan suaminya beberapa kali mengadakan jamuan makan malam peribadi bersama Kris.
Sedap…