Krisdayanti curang didepan anak-anaknya

  • >>
  •   |   Posted: 3 September 2009 at 6:14 am  

    krisdayanti dan keluarganyaKrisdayanti dan suaminya Anang Hermansyah sering digelar pasangan romantis. walau apa pun kontroversi yang melanda, hubungan diva popular Indonesia, Krisdayanti dan Anang dilihat terus utuh.

    Namun, perkahwinan yang dibina sejak 22 Ogos 1996 itu hancur berkecai apabila Anang dikatakan tidak tahan dengan cerita kecurangan Krisdayanti menerusi anaknya sendiri, Titania Aurelie, 11, dan Azriel Akbar, 9.

    Dan kelmarin, Anang akhirnya mengaku dia sudah menceraikan Kris pada 19 Ogos lalu, tiga hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan.

    Pendedahan Anang di hadapan media Indonesia di pejabat KD Production, Jakarta Selatan itu nyata merupakan satu berita yang cukup menggemparkan.

    Menurut Anang, proses perceraian mereka akan diselesaikan selepas tamatnya bulan Ramadan nanti. Meskipun Anang tidak membicara lanjut tentang perceraian tersebut, namun menerusi kata-kata Anang, ia jelas menunjukkan kehadiran orang ketiga yang menyebabkan keruntuhan rumahtangga pasangan ini.

    Malah, menerusi laporan media Indonesia sebelum ini, Kris yang pernah dikaitkan dengan beberapa nama dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan dari Timor Leste. Kris juga dikatakan sedang berada di Timor Leste, saat Anang mengeluarkan kenyataan tentang perceraian ini.

    krisdayanti dan anangLebih mengecewakan Anang, kecurangan si isteri itu berlaku di depan mata anak-anaknya yang kemudiannya mengadu kepada Anang. Antara yang didedahkan Anang, mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak hampir sebulan lalu. Malah, katanya, hasrat untuk bercerai juga akhirnya datang daripada Kris sendiri.

    Kata Kris, dia ingin proses cerai itu diselesaikan dengan cepat dan akan mendaftarkan cerai di Pengadilan Agama.

    “Saya akan melayangkan permohonan cerai seminggu selepas Aidilfitri nanti,” kata Kris di kediamannya di Radio Dalam, Jakarta Selatan, semalam setelah pulang dari Timor Leste.

    Ujarnya, dia akan membuat permohonan itu setelah sambutan lebaran kelak kerana ingin menghormati hari kemenangan umat Islam itu. Tambah Kris, dia mengambil keputusan untuk berbicara tentang perceraian ini pada bulan Ramadan setelah Anang tampil mengeluarkan kenyataan kelmarin.

    Hak penjagaan dua anak-anak mereka akan dipegang oleh Anang, manakala sejumlah harta bersama pasangan ini akan diberikan kepada anak-anak mereka.

    Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat

    PERHATIAN!: Anda digalakkan untuk memberi komen, pendapat dan nasihat, tetapi anda tidak dibenarkan sama sekali mencarut atau menyebut perkataan lucah dibahagian komen.. Pihak MyGosip tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang diberikan. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. budi bahasa budaya kita, komen lah secara berhemah

    8 Responses to “Krisdayanti curang didepan anak-anaknya”
    1. elisa says:

      ingat hukum karma, buat baik dibalas baik….buat jahat ….berpada-pada

    2. Masyus says:

      Istri yang curang balasannya dineraka jahanam

    3. xpac says:

      KD nak lawan member baik dia dari malaysia… merampas dan paksa membuang mana yg dia x nak… so sekarang ne dua sahabat baik mempunyai kekuatan bukan saja dari vokal tapi yang utama merampas mana yang dirasa perlu…

    4. lating says:

      apa dia susuh.. pakai susuk apa pun bole..biasalah artis x takut neraka..

    5. mat romeo says:

      betol tu, nanti setahun dua bila punggok dah jatuh, dada da rebeh barai, kena tinggai baru nak ingat bekas laki n anak2..

    6. Anonymous says:

      kalu anak dah dua tu, kena beringat..jantan lain kalu himpit memang tak ade niat lain,,nak kan bende alah tu je….

    7. Anonymous says:

      alahai..pompuan,..x kire le cantik ke hudoh ke, kaya ke kayap ke…kalau napsu da menguasai fikiran, depan anak pong bule kasi jantan lain tibai…

    8. Anonymous says:

      memang teroklah artis ni. lah ade laki baek nak cari pulak yang laen ok