Scha jadi hos Sehati Berdansa musim terbaru

  • >>
  •   |   Posted: 16 September 2009 at 6:46 am  

    scha fahrin dan awalRamalan orang ramai nampaknya menjadi kenyataan, apabila Scha bakal mengantikan tempat Linda Onn sebagai hos Sehati Berdansa bagi musim terbaru ini.

    Selain Fahrin yang dikekalkan, Awal Ashaari juga sekali lagi dipilih untuk mengendalikan segmen-segmen tertentu di dalam musim terbaru ini.

    Kali ini, selain mengacarakan segmen Di Sebalik Sehati Berdansa dan Detik Sehati Berdansa, Awal juga akan menjadi hos untuk Debaran Sehati Berdansa iaitu malam ‘result show’ yang mana sebelum ini dikendalikan oleh dua hos utama.

    Dalam pada itu, Scha akui cukup teruja apabila diberikan peluang mengendalikan Sehati Berdansa kali ini. Katanya, walaupun tidak mempunyai pengalaman besar sebagai pengacara, namun dia yakin gandingannya Fahrin akan memberi tunjuk ajar selain cuba membuat rujukan sendiri.

    “Saya tidak ada masalah bekerja dengan Fahrin. Dia adalah seorang yang tidak lokek ilmu. Memang saya ‘excited’ untuk bekerjasama dengannya.

    “Saya juga ada menonton siaran ulangan Sehati Berdansa sebelum ini sebagai panduan. Saya juga lihat bagaimana Linda mengendalikan program ini dan jadikan dia sebagai idola saya.

    “Bagi saya, mana yang baik, tidak salah dijadikan contoh. Memang orang akan bandingkan saya dengan Linda kelak, tetapi bagi diri saya sendiri, saya akan cuba lakukan yang terbaik,” katanya.

    Sementara itu, ditanya tentang gandingannya bersama Scha kali ini, kata Fahrin, dia lebih suka melihat perkara itu dari aspek kerjaya.

    “Sejujurnya, ia agak memeranjatkan saya juga kerana saya tidak tahu pun tentang perkara ini sejak di peringkat awal. Apapun, prinsip saya dalam bidang ni hanya satu.

    “Sama ada mengacara atau berlakon, ia adalah periuk nasi saya. Tak kiralah dengan siapa pun saya digandingkan…musuh ke atau sesiapa saja, saya akan buat secara profesional.

    “Apa yang saya lebih harapkan pada musim ini, ialah untuk melihat program ini lebih berkembang,” ujar Fahrin.(mstar)

    wah! mesti best Sehati Berdansa musim terbaru ini, tak sabar nak tengok Scha jayakan rancangan ni..

    < prev post

    next post >

    Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat

    PERHATIAN!: Anda digalakkan untuk memberi komen, pendapat dan nasihat, tetapi anda tidak dibenarkan sama sekali mencarut atau menyebut perkataan lucah dibahagian komen.. Pihak MyGosip tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang diberikan. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. budi bahasa budaya kita, komen lah secara berhemah

    3 Responses to “Scha jadi hos Sehati Berdansa musim terbaru”
    1. Mira says:

      scha 2 cnt!k r..laen kl! tgk mke ye el0k2..

    2. Anonymous says:

      scha tu tak cantik

    3. Anonymous says:

      scha tu cam poyo je…..berlakon pun ntah ape-ape je…perasan lawa la tu padahal tak pun