Selamat Hari Raya Aidilfitri

Setelah sebulan kita berpuasa, kini tibalah masanya kita meraikan hari kemenangan bagi semua umat islam di dunia ini. Selamat hari raya untuk semua pembaca mygosip.com dan juga semua umat islam dimana jua anda berada..
sempena hari raya yang mulia ini, Kami Team Mygosip.com ingin meminta maaf jika selama ini kami banyak menyakitkan hati sesetengah pihak tidak kira la tukang komen, pengunjung dan artis-artis.. bukan lah niat kami untuk menjatuhkan atau memalukan sesama umat, tetapi hanya untuk memeriahkan lagi dunia hiburan tanah air yang sememangya suram sejak dibanjiri artis-artis luar ni.
Kadang-kala niat kami ini terlampaui batas dan terlanjur kata yang mungkin dilakukan dengan tidak sengaja atau disengajakan atas sebab-sebab yang tertentu.. Dan dengan itu kami menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf di hari raya yang mulia ini jika penulisan atau gambar yang kami siarkan menyinggung perasaan sesetengah pihak.
Sempena Hari Raya ini juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegunjung-pegunjung setia mygosip.com yang memeriahkan lagi blog yang tidak sebeberapa ini. tidak lupa juga blogger-blogger yang menyokong mygosip.com dengan meng-link-an mygosip.com di blog anda. Terima kasih banyak-banyak..
Hari ini kita bakal merayakan hari yang paling bermakna buat kita semua, didalam keghairahan berhari raya, jangan pula kita sesekali lupa kepada orang-orang yang susah dan tertindas diluar sana. Sedekahkan lah mereka sekeping doa agar mereka dapat berkongsi kegembiraan bersama kami. Hari ini juga adalah hari terakhir bagi korang nak bayar zakat, so sesiapa yang tak bayar lagi tu jangan la buat-buat lupa pulak yer!. hehehehe..
Mygosip juga mewakilkan semua rakyat Malaysia ingin meminta ampun dan maaf kepada semua warga Indonesia. walaupun kami dituduh maling atau apa sekalipun, kamu tetap saudara seislam kami. jangan hanya kerana sekeping lagu, sebuah tarian kami dan sedikit salah faham kita saling bermusuhan dan bergaduh. bukan kah semua itu tidak masuk akal?. jadi kami dengan merendah diri meminta ampun dan maaf, walaupun ini semua hanyalah salah faham semata-mata..
Akhir kata daripada kami “SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN”
MyGosip.com Team
-heyrizal
-kamilla
-masterjava
< prev postmy gosip :: terima kasih
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN….teruskan perjuangan mygosip coz lau x de mygosip kite x kan taw perkembangan artis2 tananh air…he3…
selamat hari raya heyrizal….