Gambar Sharifah Sofea bernikah dengan Syed Ismail
Posted My Gosip: 19 October 2009 at 4:43 am under perkahwinan artis
Taniah MyGosip ucapkan buat Sharifah Sofea yang baru sahaja bernikah dengan Syed Ismail di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta tepat pukul 12.15, 18 oct 2009. Dengan sekali lafaz sahaja Sharifah Sofea telah pun sah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali.
Setelah bercinta selama dua setengah tahun mereka akhirnya mengakhiri zaman bujangnya dengan diijabkabulkan oleh bapa Sofea sendiri, Syed Hussein Syed Harun dengan mas kahwin sebanyak RM100 sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid, Ustaz Mohd. Nazarudi Nadzir.
Sharifah Sofea menerima sembilan hantaran berupa wang tunai berjumlah RM20,000, cincin, set beg tangan beserta beg duit Coach, telekung dan sejadah, coklat, set persalinan wanita, al-Quran, set perhiasan mutiara dan sirih junjung dan Syed Ismail pula menerima 11 hantaran berupa telefon bimbit Blackberry, kemeja Hugo Boss, al-Quran, komputer riba Dell, set dompet dan tali pinggang Hugo Boss, coklat, jam tangan, cincin dan sirih junjung.
Walaubagaimanapun pernikahan mereka diadakan tanpa majlis perkahwinan atau persandingan, hanya majlis makan tengah hari selepas majlis pernikahan berlangsung. Ini kerana pengantin baru ini tidak mahu membazir di majlis yang paling bermakna buat mereka berdua.
Sekali lagi kami ingin mengucapkan taniah buat pasangan pengantin baru Sharifah Sofea dan Syed Ismail, kami berharap hubungan mereka akan kekal tanpa ada sebarang masaalah dan kontroversi yang berlaku. apa-apa pun jom kita layan gambar pernikahan Sharifah Sofea dan Syed Ismail…




foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN
10 Responses to “Gambar Sharifah Sofea bernikah dengan Syed Ismail”
alhamdullilahirabbilhalamin
muka korunk seiras la..harap kekal hingga akhir hayat lah ye..
musti baby u'll t comey tahap gaban tercirit…
aahaha…
cirit o dai..
anywy…
congrate ya!!!!
hope kekal slamenye…
aaaaminn…
tang idung jer la ada iras.. tang lain takde pun!!
dorang ade iras kan??
taniah!..semoga berkekalan higgan akhir hayat..
tk tau la aku,no komen………
kalau nt tau rahsia cantik menawan dalam 3 minit,layari,atau klik kt tulisan kt atas :-
http://cantikmenawan3minit.blogspot.com/
aminnn…..
alhmdulillah smua nya tleh selesai taniah smoga kekal smp akhir hayat amin….
tahniah…..
semoga kekal ke akhir hayat