Kumpulan Meet Uncle Hussin (MUH) terpaksa melupakan niat mereka untuk bertanding di separuh akhir MUZIK-MUZIK ke-24 gara-gara kesukaran ahli kumpulan MUH untuk bertemu dengan Lan yang juga bekas vokalis kumpulan MUH.Kumpulan MUH yang mempertaruhkan lagu ”Pari-Pari Di Bawah Angin” hasil ciptaan dan lirik oleh Taja, Tassiq dan Lan itu memberi alasan tiada persefahaman antara mereka untuk meneruskan saingan dalam Muzik-Muzik Separuh Akhir akan datang. Walaupun kecewa dengan keputusan itu, taja yang juga ketua ahli kumpulan MUH terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri.
Punca kumpulan Meet Uncle Hussin menarik diri adalah kesukaran mereka untuk bertemu dan berbincang dengan bekas penyanyi MUH, Lan yang sekarang ini telahpun mempunyai kumpulan baru, Azlan & The Typewriter.
"Muzik-Muzik melibatkan penyanyi, komposer dan penulis lirik. Kami ada menghubungi Lan dan Tassiq menerusi syarikat rakaman mereka untuk mendapat tandatangan bagi persetujuan menyertai program ini, tetapi mereka dikatakan amat sibuk dan tiada masa untuk bertemu.
"Kami faham kesibukan mereka itu. Dan akhirnya, kata Taja sendiri, 'lebih baik tarik diri jika sukar untuk berbincang'. Lagipun, kami tidak mahu timbul masalah di kemudian hari."
-Nampaknya penarikan diri Lan daripada MUH menjadi semakin rumit, MyGosip harap mereka dapat selesaikan semua ini secara Professional. Bukanya seperti kanak-kanak yang baru habis tadika!.
Berikut adalah senarai baru 30 lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-24:
1. Bencinta (artis: Faizal Tahir, komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
2. Pakai Buang (artis: Stacy, komposer/penulis lirk: Edry)
3. Aurora (artis: Estranged, komposer/penulis lirik: Estranged)
4. Benar-Benar (artis: Adam, komposer/penulis lirik: Edry)
5. Gila (artis: Mila, komposer: Audi Mok, penulis lirik: Nur Fatimah)
6. Rindu Terhenti (artis: Tomok, komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
7. Situasi (artis: Bunkface, Komposer/penulis lirik: Sam)
8. Dan Sebenarnya (artis: Yuna, komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
9. Kau Aku (artis: Aizat, komposer/penulis lirik: Aizat
10. Pergi (artis: Aizat, komposer/penulis lirik: Pete Teo)
11. Aku Skandal (artis: Hujan, komposer/penulis lirik: Noh)
12. Patri (artis: Jinbara, komposer/penulis lirik: Anjang)
13. Mirage (artis: Pesawat, komposer/penulis lirik: Jipie)
14. Cinta Adam Dan Hawa (artis: Misha Omar, komposer: Azmeer, penulis lirik: Loloq)
15. Khatimah Cinta (artis: Sixth Sense, komposer/penulis lirik: Sixth Sense)
16. Tak Mungkin Kerna Sayang (artis: Alyah, komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
17. Cinta Gila (artis:Grey Sky Morning, komposer: Sharnizad dan Hafizal, penulis lirik: Hafizal)
18. Ku Pinjam Satu Bintang (artis: Alyah & Riz, komposer: Ajai, penulis lirik: Slen)
19. Dia, Aku Dan Kamu (artis: Nadia & Red Peanut, komposer: Eddie Hamid, penulis lirik: Ahmad Fedtri Yahya)
20. Raja Gelek (artis: One Nation Emcees, komposer: Damien Mikhail, penulis lirik: One Nation Emcees)
21. Oh Anok Anok (artis: Reshmonu, komposer: Reshmonu, penulis lirik: Farasha Osman)
22. Masih Jelas (artis: Hafiz, komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)
23. Tahu Tak Tahu Joget (artis: Jinbara, komposer: Anak Jin, Palut; penulis lirik: Anak Jin)
24. Bertamu Di Kalbu (artis: Jaclyn Victor, komposer/penulis lirik: Anjang)
25. Ketika Ini (artis: Estranged, komposer/penulis lirik: Estranged)
26. Seadanya Aku (artis: Nubhan, komposer: Sharon Paul, penulis lirik: Azalea)
27. Aku Rindu Sayang Kamu (artis: Black, komposer/penulis lirik: Yuzai)
28. Enjut (artis: Noraniza Idris, komposer: Cat Farish, penulis lirik: Ahmad Fedtri Yahya)
29. Fikirlah (artis: Aizat, komposer/penulis lirik: Anas)
30. Bengang (artis: Akim, komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)











