Yuna berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda

Yuna berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda di Majlis konvokesyennyaTaniah buat Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan panggilan Yuna yang baru sahaja berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Majlis konvokesyennya yang berlangsung pada Selasa lalu amat bermakna buat Yuna kerana majlis konvokesyen itu turut diraikan bersama ibu dan bapa Yuna.

"Berhasil jua usaha dan pengorbanan saya selama ini kerana akhirnya impian untuk menggenggam ijazah tercapai jua.

"Dan apa yang lebih menyeronokkan saya ialah kerana dapat meraikan hari konvokesyen bersama ibu dan bapa, serta sepupu saya, Wawa.

"Saya juga ada menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana pula kelak. Tapi, tak tahulah bila masanya saya dapat berbuat demikian kerana selepas ini, saya ingin berikan tumpuan terlebih dahulu terhadap bidang muzik.

"Namun, biar apapun, saya tetap akan pastikan hasrat saya ini terlaksana jua meskipun masanya agak lambat lagi untuk saya berbuat demikian," kata Yuna.

MyGosip.com juga tumpang gembira dengan kejayaan Yuna menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), diharap Yuna akan terus success didalam perjuanganya.. buat peminat Yuna, beliau sekarang sedang sibuk dengan persembahan siri jelajah kumpulan indie dari Indonesia, Mocca yang membabitkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.
blog comments powered by Disqus