Awal Ashaari disenarai hitam oleh PTPTN
Posted My Gosip: 3 November 2009 at 9:17 am under gosip artis
gosip artis kali ini mengenai Awal Ashaari yang telah disenarai hitamkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana tidak menjelaskan hutang pinjamannya. Awal Ashaari juga adalah bekas graduan Diploma Komunikasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Apabila ditanya pada Awal Ashaari, beliau dengan selambanya mengaku yang beliau terlupa untuk membayarnya dan kini Awal Ashaari sedang menguruskan pembayaran semula keseluruhan pinjaman itu termasuk faedahnya sekali.
“Saya bukan tiada duit dan tak nak bayar tetapi saya terlepas pandang tentang proses pembayaran pinjaman itu.
“Sebelum ini saya tak tahu bagaimana cara untuk membayarnya tambahan pula saya berpindah rumah dan langsung tidak mendapat apa-apa maklumat tentang PTPTN.
“Selepas sibuk bekerja, saya tidak sempat untuk membayarnya sehingga terlupa,”
“Ikutkan bukan saya seorang sahaja artis yang tidak membayar PTPTN tetapi ada ramai lagi tetapi cuma nama saya dan Fahrin yang disebut.
“Saya nasihatkan kepada peminjam PTPTN yang disenarai hitamkan supaya berjumpa dengan peguam dari PTPTN,” katanya.
Awal juga meminta maaf kepada pihak PTPTN atas kelewatannya menjelaskan pinjaman itu, Nasihat Mygosip kepada peminjam-peminjam PTPTN. Korang jangan la lupa nak bayar bila dah habis belajar nanti ataupun buat-buat lupa nak bayar..
6 Responses to “Awal Ashaari disenarai hitam oleh PTPTN”
salam sumer… pandai pinjam.. pandai la bayar dowh… hang dah ada keja… sian aku yg duk pinjam ptptn nih.. patut la lambat masuk…. ade makhluk yg x reti nak bayar.. huhuuh… dose… dose… makan duit org… renung2kan dan selamat beramal..
Ingin selesaikan masalah hutang PTPTN / MARA? Takut kena blacklist Imigresen? Artis pun kena blacklist. Saya nak tolong student2 yang xnk berhutang dgn PTPTN / MARA… Xkn H/P or Laptop RM2000, RM3000 boleh beli. Nak settlekan hutang PTPTN / MARA dgn RM1k pun xboleh nk buat…Nak tau macam mana… SERIUS SAHAJA Contact saya 017-9897072
btol la kesian awal…:((
hurm…hensem nyer..;p
padan muke…hehe
eh pkwe aq ok…
x pelah cptlah bayar nnti x bleh nk pg
overseas pluak…..
tp cian awal kan???…..
sian pkwe ak dowh…………….