Awal Ashaari putus cinta gara-gara gosip bercinta dengan Scha

Awal Ashaari putus cinta gara-gara gosip bercinta dengan SchaMasih ingat kah korang dengan gosip Awal Ashaari punca Scha dan Fahrin putus cinta?.. Menurut Awal Ashaari, dia tidak sangka gosip sebegitu akhirnya menjadi penyebab perhubungan Awal dan kekasihnya seperti menuju ke penghujung. Malah apabila gosip sebegini tersebar, Awal berasa malu berjumpa dengan keluarga temannya itu. Jom kita baca apa kata Awal...

"Sekarang perhubungan kami dah sangat bermasalah. Dia dah merajuk...kesiankan? Mungkin saya terlalu sibuk dengan kerja saya. Bila orang tak percaya saya, saya tawar hati terutama selepas saya memberikan segala-galanya dalam perhubungan ini. Akhirnya, kita tidak bersama. Sekiranya dia sangsi dengan saya, saya tidak boleh berbuat apa-apa,"

"Kalau kita nak hidup bersama, kita kena trust satu sama lain. Tapi bukan semua orang boleh terima hakikat ini. Setiap kali saya berlakon dengan Lisa Surihani, saya digosipkan dengannya. Bila berlakon dengan Diana Danielle pula, saya digosipkan dengan Diana. Sekiranya ditakdirkan kami tak bersama, terima kasihlah kepada yang menyebarkan gosip-gosip sedemikian,"

"Bila benda-benda ini timbul, saya malu dikatakan seorang playboy, kasanova dan lain-lain padahal saya tidak buat apa-apa yang salah," luah isi hati Awal.

Apabila digali adakah benar gosip yang mengatakan Awal dan Scha berdating di singapore, Ternyata ianya hanyalah salah faham sahaja, jom kita baca pula penjelasan Awal Ashaari sendiri...

"ianya secara kebetulan terserempak dengan Scha, Nana, Dafi dan Erra sewaktu menyaksikan perlumbaan Formula One (F1) di Singapura. ketika itu saya bersama tiga kawan lelaki yang pernah sama belajar di universiti.

"Di Singapura, kami makan, lepak dan tengok perlumbaan Formula One (F1). Lepas itu, Scha, yang sukakan alat Global Positioning System dan ingin membeli gadget itu kerana di Singapura lebih murah. Saya juga suka gadget, jadi kami pun pergi ke Simlin Tower. Saya, yang bawa kereta pada malam itu. Tak ada sebarang benda personal yang berlaku..tapi media telah memutarbelitkannya. Bila teman wanita saya tahu, dia kata "Oh you tipu I". Jadi macam inilah kesudahannya," kata Awal yang terkilan dengan apa yang telah berlaku.
blog comments powered by Disqus