Diana Danielle dan filem Dalam Botol
Posted My Gosip: 27 November 2009 at 1:29 pm under gosip artis
Diana Danielle akhirnya berjaya menerima tawaran berlakon didalam filem ‘Dalam Botol’ arahan Khir Rahman walaupun Fazura, Maya Karin serta Scha Al Yahya pernah disebut-sebut sebagai antara calon pelakon wanita. Ada gosip gosip yang mengatakan Diana Danielle kurang mendapat tawaran setelah kontroversi yang melanda Diana Danielle dalam teater natrah adalah kurang tepat malah rezeki Diana Danielle semakin mencurah-curah setelah kontroversi itu.
Selain Diana Danielle, dua pelakon baru Wan Raja dan Arja Lee turut membintangi filem ini, Wan Raja telah berjaya menewaskan Norman Hakim dan Fauzi Nawawi manakala Arja Lee pula mengatasi Adiputra dan Keifli AF3. Dengan ini ia bermakna Wan Raja akan memegang watak Ghaus manakala Arja Lee pula memegang watak Ruby sementara Diana Danielle memegang watak kekasih kepada Ruby.Difahamkan Ogy Ahmad Daud juga akan berlakon dalam filem yang mengisahkan kehidupan gay ini tetapi setakat ini hal itu masih belum disahkan oleh pelakon itu.
Filem yang bakal memcetuskan kontroversi ini mungkin akan memulakan pengambaranya pada 9 December 2009 depan. sama-sama la kita nantikan kemunculan filem panas ini dipawagam…
serba sedikit sinopsis filem Dalam Botol
Dalam Botol mengisahkan tentang seorang lelaki yang menukarkan dirinya menjadi seorang perempuan dan telah pergi ke London bagi menjalani pembedahan jantina dan menyimpan kemaluanya di dalam botol. Apabila pulang ke Malaysia banyak perkara yang terjadi sehingga lelaki itu telah jatuh cinta dengan seorang wanita tulen, bagaimanapun mereka tidak mampu untuk berkahwin kerana lelaki tersebut sudahpun menukar jantinanya. bagaimana kesudahan filem Dalam Botol ini? sama-sama la kita nantikan kemunculan filem yang penuh kontroversi ini…

Wan Raja dan Arja Lee yang memegang watak lelaki gay
4 Responses to “Diana Danielle dan filem Dalam Botol”
filem yg tak masuk dlm list aku untuk ditonton walaupun free..termasuk kalau di share di internet utk donlod atau pun dlm youtube..
cite sengal cenggini, den x layan heh…
aq rasa cte nie macam menarik sgt … pasal mmg ramai laki sekarang tak ori dah… mak nyah pon mmg banyak .. harap2 mak nyah2 tu segera la taubat lepas tgk cte ni
.. diana memang sweet i like it
Diana Danielle memang berbakat besar, ada rupa pulak tu………, tp mungkin dia susah sikit nak cari makan kat scop pro….!!!