Fiqa juara Gadis Melayu musim ke-2

gambar fiqa juara gadis melayuTaniah buat Fiqa atau nama sebenarnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 20, kerana menjadi juara bagi program realiti Gadis Melayu (tv9) semalam yang berlansung di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur, sekaligus dinobatkan sebagai Ikon Gadis Melayu.

Kemenangan Fiqa yang juga satu-satunya gadis bertudung didalam finalis itu sekaligus mengenepikan empat finalis lain iaitu Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia) dan Putri Noor Nawal Ramlan (Putri).

Fiqa yang berasal dari Parit Buntar, Perak itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, diikat kontrak selama setahun bersama TV9 sekaligus diangkat sebagai Gadis Safi Balqis dan membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta hadiah iringan.

selain daripada Fiqa, Finas juga gambar peserta gadis melayuberjaya dinobatkan sebagai 'gadis bijaksana' sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 sementara tiga finalis yang lain menerima hadiah wang tunai RM1,000 setiap seorang. (jadi laaa...)

Segala keputusan ditentukan oleh 50% undian penonton dan 50% lagi dari juri profesional iaitu Nurfarahin Jamsari, pengarang majalah Cosmopolitan Izza Safinaz Ibrahim, pengarang hiburan Harian Metro Adam Salleh, Datin Seri Normala Shamsudin, Syafinaz Selamat dan Rosyam.

Taniah buat semua finalis Gadis Melayu musim ke-2 ni, kita tunggu pula Gadis Melayu musim ke-3 pulak, dengar cerita Gadis Melayu musim ke-3 syarat dia lebih ketat kalau nak masuk, gadis yang mempunyai personaliti yang buruk diharamkan masuk..
blog comments powered by Disqus