gambar lawak cerita lawak

Gambar artis di Malaysia International Fashion Week 2009 (MIFW)

Posted My Gosip: 13 November 2009 at 9:49 am under gallery gambar  

Malaysia International Fashion Week (MIFW) baru sahaja melabuhkan tirainya pada 8 november yang lalu. Acara tersebut berlansung selama 5 hari dari 4 november sehinggalah 8 november 2009 di Pavilion Kuala Lumpur. Acara yang menampilkan pelbagai rekaan fashion terkenal tanah air telah berjaya membawa 100 pereka fesyen setempat dan serantau.

Antaranya ialah pereka fashion tersohor yang terbabit ialah Datuk Tom Abang Saufi, Butik Kapas Couture, Bon Zainal, Syaiful Baharim, Embun, Rahman Saif dan Andy Sulaiman serta Aaron Von Jolly. Tidak terlupa juga muka baru di arena fesyen tempatan seperti Hatta Dolmat, Jasmi Rejab, Amir Luqman, Rizman Ruzaini, Aidawati Saidin, Hazwani, Zery Zamry dan Nurita Harith serta dua pereka Kraftangan Malaysia iaitu Rozie dan Nazari Maarus.

Dengan kelengkapan dan persiapan pentas yang mewah, kejayaan acara terunggul itu turut disempurnakan dengan menampilkan persembahan hebat daripada artis-artis dan kehadiran 30 selebriti serta lebih 60 peragawati memeriahkan lagi acara Malaysia International Fashion Week 2009 (MIFW).Diantara artis yang hadir ialah Nora Danish, Diana Danielle, Fasha Sandha, Anita Sarawak, Juliana Evans, Tunku Tiara Yasmin Sofia, Irma, Fazura, Liyana Jasmay, Fizo Omar, Elyana, Intan Ladyana, Sheila oim, Camelia, Amber Chia, Zahida Rafik dan ramai lagi.

Bagi pegunjung MyGosip yang tidak sempat menghadiri Malaysia International Fashion Week 2009 (MIFW) di Pavilion, kami ada selitkan gambar-gambar artis yang terlibat pada hari yang bersejarah itu. gambar disediakan oleh Sam Kassim, jom kita layan gambar artis kita yang bergaya sakan ni…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Takkan Tengok Jer, Comment La Sikit..

Comments

19 Responses to “Gambar artis di Malaysia International Fashion Week 2009 (MIFW)”
  1. nisa says:

    beli je kat mane2 msti adew…

  2. AYEESHA says:

    ala ske baju diana ……nk bli kat mana bju cmtu yer….

  3. akulaa says:

    ape yg designer msia buat??xde pe2 yg baru pun??

  4. no'one says:

    anita sarawak juga la yg win di antara semua win dr segi usia lanjut tapi macam anak dara body tu,pakaian pun mnyerlah..aduii hahaha kalah semua..

  5. akucomel says:

    zahida rafik.. kemaruk nk jadi artis hollywood ker… lawa tpi bongok..

  6. piewlotz says:

    very nice dress….wow i like it… :)

  7. miss wateva says:

    irma apahal pkai bju mcm tu?
    diana danielle bju yng cntik dn sopan..
    baju fasha sandha nice and simple.. :)

  8. muchi2 says:

    ok la 2…diana.xla sexy kn.
    irma npe g2???huhu…tkuar2.. :D

  9. embun siang says:

    juliana evans and fasha sandha …cantek!!!!

  10. rex says:

    fasha bleh blah

  11. sausau says:

    Liyana Jasmay cute mcm pari2….

  12. tutut.. says:

    fasah..baju x sesuai langsung…

  13. Anonymous says:

    zahida rafik melampau tahap maksima. dah mcm org putih!!!

  14. pinky says:

    mek sendat mana ada cntik pon,sore cam itik,jauh comel nora anish,cute sgt2 i love u nora

  15. aalia adilla says:

    fasha n nora danish sama2 cantik ;)

  16. dizonyl says:

    bnyak2 artis kat c2, juz camelia n Amber is da gud one.ori model..

  17. Anonymous says:

    fasha–the beauty
    nora d–setakat di kuku ibu jari fasha je

  18. taiko says:

    Diana Danieelle tu pakai baju besor gedabak apsal ha?