Taniah buat Tam Spider atau nama sebenarnya Rustam Mustafah yang baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinanya dengan gadis pilihan Aida Mustafa di Dewan Komuniti, Pekan Nanas Pontian Johor.Majlis perkahwinan Tam spider ini dihadiri lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada oleh ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak termasuklah anggota-anggota kumpulan Spider dan komposer serta penyanyi terkenal, M.Nasir.
Setelah 11 tahun menduda, akhirnya Tam Spider bernikah dengan Aida Mustafa pada pagi sebelum mereka berkahwin di Masjid Jamek Pekan Nanas. Anak Tam Spider hasil daripada perkahwinan sebelum ini turut berasa gembira dengan perkahwinan bapanya itu.
Pasangan ini telah bertunang pada 15 Ogos yang lepas, selepas hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing dan berkahwin pada 8 november 2009 yang lalu.
Apa-apa pun taniah buat Tam dan Aida, kami harap hubungan anda bahagia dan kekal hendaknya.. jom kita layan gambar kahwin Tam spider dengan Aida Mustafa ni...



















