Hattan didakwa kerana tidak memberi edah dan mutaah kepada bekas isteri
Artis Malaysia gosip artis | 6 November, 2009
Bekas isteri penyanyi Hattan, Arianie Mohd Abidin telah mendakwa Hattan gara-gara dia tidak pernah menerima edah dan mutaah daripada bekas suaminya sejak mereka bercerai pada 10 Mac 2005.
“Ini adalah tidak adil kerana saya telah mendiamkan diri selama lima tahun,” jelas pramugari ini yang menambah bekas suaminya seharusnya tahu tanggungjawab pemberian edah dan mutaah.
Hattan, bagaimana pun tidak hadir, kerana dia tidak sihat. Hakim Syarie, Ghazali Ahmad memberitahu bahawa Hattan telah mengemukakan sijil sakit kepada mahkamah semalam.
Peguam Harziah Othman yang mewakili Arianie (plaintif) memberitahu Hattan tidak pernah menghadiri prosiding berhubung tuntutan edah dan mutaah kecuali majlis sulh.
Dalam prosiding semalam, Harziah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memaklumkan kepada Hattan yang dia perlu hadir ke mahkamah untuk kes tuntutan tersebut.
“Saman untuk kedua-dua kes (edah dan mutaah) telah disempurnakan kepada pihak defendan (Hattan),” kata Harziah.
Harziah turut memohon tarikh baru untuk perbicaraan kerana beliau masih belum mendapat jawapan bertulis dari Jabatan Insolvensi untuk kebenaran mewakili anak guamnya, Arianie (plaintif).
Arianie juga mendakwa dia kini berhadapan dengan hutang ekoran pembelian sesetengah aset sepanjang perkahwinannya.(mstar)
- MyGosip harap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan dengan cara yang baik, apa-apa pun tanggungjawap perlulah dilaksanakan walaupun kita ni artis.
One Response to “Hattan didakwa kerana tidak memberi edah dan mutaah kepada bekas isteri”

hattan nie bukan baik sangat. konon2 g umrah tu bleh jd baik la,,, bukti nya aku ada,,,, aku dan die penah besama kt hotel… dan kami pun besama lepas tu die janji mcm2 dgan aku akhir nya die lesap call pun xjwb…..