Eja yang telah menyaman syarikat Gulatis bagi menuntut ganti rugi atas dakwaan syarikat itu mengingkari perjanjian lisan apabila menggunakan gambarnya pada papan iklan, poster dan banner walaupun tempoh kontrak telah tamat tempoh.Eja dalam keterangannya juga berkata, beliau hanya bersetuju membenarkan gambarnya bersaiz kecil dipamer pada borang peraduan "Guess Who and Win" anjuran syarikat itu semasa perayaan Hari Raya 2005.
Bagaimanapun katanya, gambarnya itu telah dibesarkan dan digunakan pada poster, banner dan brosur yang dipamerkan di jalan-jalan raya di Malaysia serta siaran televisyen tanpa persetujuan beliau.
Katanya tindakan syarikat itu yang telah meluaskan penggunaan gambarnya "sebesar bangunan Gulatis" telah menjejaskan sumber pendapatannya.
Seorang pegawai mahkamah yang enggan dikenali memberitahu media hari ini, mahkamah Sesyen Sivil menangguhkan keputusan kes tuntutan saman ganti rugi pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja, 36, sebanyak RM240,000 yang difailkan terhadap Gulatis Exclusive Sdn. Bhd. (Gulatis) ke tarikh 9 Disember ini.











