Lisdawati selamat melahirkan anak perempuan

  • >>
  •   |   Posted: 6 November 2009 at 4:03 am  

    Lisdawati selamat melahirkan anak perempuan
    Taniah buat Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi kerana Lisdawati baru sahaja melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Nur Aina Fazneesya pada pukul 2.40 petang (5 nov 2009) di Hospital Islam Kampung Baru.

    Anak kedua Lisdawati ini selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.2kg, Lisdawati dan bayi perempuanya, Nur Aina Fazneesya berada dalam keadaan sihat dan stabil.

    “Syukur alhamdulillah, Lis sudah selamat melahirkan anak kami. Dia sepatutnya bersalin pada semalam.

    “Doktor kata kalau dia tak bersalin juga hari ini kemungkinan dia akan bersalin secara pembedahan,” ujarnya ketika dihubungi.

    “Dalam tiga hingga empat hari ini memang saya tak cukup tidur sebab memikirkan hal ini.

    “Saya bersyukur sebab saya sudah mempunyai empat orang anak perempuan yang cantik dan comel belaka,” Kata Fauzi Nawawi.

    Hasil perkahwinan Lisdawati dan Fauzi Nawawi, meraka mempunyai seorang lagi anak perempuan yang bernama Nur Aini Farhana berusia setahun enam bulan. sementara Fauzi Nawawi mempunyai empat orang anak lagi hasil daripada perkahwinanya sebelum ini.

    Kami masih lagi menunggu gambar anak Lisdawati dan Fauzi Nawawi yang baru dilahirkan ini, buat masa ini gambar anaknya masih belum lagi diterima oleh pihak media. Kami harap pihak Lisdawati tidak merahsiakan gambar anak mereka seperti mana artis-artis lain..

    Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat

    PERHATIAN!: Anda digalakkan untuk memberi komen, pendapat dan nasihat, tetapi anda tidak dibenarkan sama sekali mencarut atau menyebut perkataan lucah dibahagian komen.. Pihak MyGosip tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang diberikan. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. budi bahasa budaya kita, komen lah secara berhemah

    3 Responses to “Lisdawati selamat melahirkan anak perempuan”
    1. iqin says:

      comelnyeee…cute baby… :)

    2. syamiey says:

      shomel nyerr….

    3. sausau says:

      cute….muka ank dia mcm muka lisda..