Noorkhiriah selamat melahirkan anak lelaki

Artis Malaysia anak artis 

gambar anak lelaki NoorkhiriahTaniah buat pelakon Noorkhiriah yang baru sahaja selamat melahirkan anak lelaki pada pukul 9 pagi semalam (6 nov 2009) di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Bayi lelaki seberat 2.56kg itu masih lagi belum diketahui namanya memandangkan nama untuk anak lelaki akan diberikan oleh suami Noorkhiriah sendiri.

“Saya dan suami, Azfaidzul Antan telah sepakat kalau bayi lelaki, dia yang akan beri nama manakala kalau perempuan, saya yang kena beri..jadi sekarang saya tak tahu apa namanya sebab suami sedang uruskan pendaftaran nama bayi,”

Noorkhiriah yang juga Artis Komedi Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2008 ini berasa bersyukur kerana berjaya melahirkan anak lelaki walaupun dalam kaedah pembedahan. Noorkhiriah yang Sebelum ini pernah mengalami keguguran terpaksa melahirkan anak dengan pembedahan walaupun beliau telah bersedia untuk melahirkan anaknya secara normal.

“Kalau boleh, memang saya nak bersalin secara normal sebab saya dah pun siapkan air selusuh dan minyak selusuh tetapi minggu lepas doktor beritahu saya perlu bersalin secara pembedahan.

“Doktor kata kepala bayi hampir di sebelah uri saya. Jadi, sebab saya tidak mahu mengambil risiko, saya bersetuju juga untuk melakukan pembedahan.”

Apa-apa pun, taniah buat Noorkhiriah dan keluarga kami harap hidup Noorkhiriah dan keluarga lebih bermakna dengan kehadiran orang baru.

Gambar anak Noorkhiriah masih lagi belum kami terima, kami akan kongsikan gambar anak mereka dalam masa terdekat. itupun kalau Noorkhiriah tidak merahsiakan gambar anak mereka seperti artis lain..

Related Posts with Thumbnails

Takkan baca jer, Comment la sikit..