Baru-baru ini ada gosip-gosip artis Malaysia yang bergaduh gara-gara undian sms, Artis yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan peserta sehati berdansa musim terbaru la, Sazzy Falak dan Dira Abu Zahar. Kedua-dua artis ni katanya mengadu dan mengutuk sesama sendiri di laman web facebook diaorang.Apa yang kami tahu, Dira dan pasangannya Ash selalu mendapat markah undian SMS tertinggi daripada penonton berbanding Sazzy dan pasangannya Nazril manakala undian juri Sazzy pula yang selalu mendapat markah tertinggi.. Betul ke diaorang ni bergaduh?, jom kita dengar sendiri apa kata Sazzy Falak dan Dira sendiri...
Menurut Sazzy dan Dira, luahan yang dipamerkan dalam FaceBook dan blog masing-masing tiada kena-mengena dengan program itu mahupun menuduh antara mereka.
Jelas Sazzy, dia tidak pernah berdendam dengan sesiapa di dalam program itu melainkan menganggap semua peserta ibarat satu keluarga.
"Saya nak ‘fair game’, jadi kenapa korang (peminat) nak gaduh. Kami ‘ok’. Undian tinggi atau tidak, inilah program realiti.
"Saya nasihatkan peminat jangan terlalu stres dan lebih ‘have fun’. Saya rasa sedih bila ada orang reka ‘drama’ seperti ini," ulas Sazzy.
"Kami juga menerima dengan hati terbuka apabila berada di zon bahaya. Tetapi agak terkejut juga apabila pasangan Isma dan Zul juga berada di zon bahaya kerana mereka bagus," tambahnya lagi.
Sementara itu, Dira berkata dia langsung tidak menjangkakan dia berjaya meraih undian SMS penonton yang tinggi."Saya tahu dari minggu pertama lagi orang pelik dengan kedudukan saya dan suami. Tetapi saya hanya buat kerja saya dan cuba meraih rezeki dengan ikhlas.
"Antara semua peserta, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Kami semua membuat untuk amal kebajikan dan saya rasa tidak seronok juga apabila mendengar kutukan daripada orang lain.
"Saya tak pernah memusuhi orang lain dan tidak mahu jatuhkan sesiapa," kata Dira.
Akhir sekali Sazzy Falak dan Dira Abu Zahar berharap isu ini akan dihentikan dengan segera dan tidak mahu semua orang stres kerana hal sebegini.











