Drama Kamelia Katrina
Posted My Gosip: 5 November 2009 at 2:53 am under Uncategorized
Kamelia Katrina adalah sebuah lagi drama terbitan Astro Megadrama yang bakal ditayangkan di Astro Ria pada setiap hari Khamis bermula 5 November 2009, jam 9.05 malam. Drama 26 episod ini bakal menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Elyana yang membawa watak Katrina, Miera Leyana sebagai Kamelia, Nabil Mentor sebagai Ari, Syed Ali sebagai Azhar, Ain Mohd Satar sebagai Yaya, Norman Hakim sebagai Jehan, Shaharudin Thamby sebagai Kahar, Liza Shadan sebagai Puan Mariam, Zarina Zainuddin sebagai Linda dan Fetty Dzul sebagai Nek Mun.
Pasti ramai peminat-peminat drama melayu menunggu kemunculan drama Kamelia Katrina ini, dengan gandingan lakonan Elyana yang pertama kalinya melakonkan watak jahat, Miera Leyana dan Nabil pastinya drama ini bakal menjadi bahan bualan. Jom kita baca sedikit sebanyak sinopsis Drama ‘Kamelia Katrina’.
Sinopsis Drama ‘Kamelia Katrina’
Drama ‘Kamelia Katrina’ mengisahkan pertelagahan di antara dua orang adik beradik jelita yang mempunyai personaliti berbeza.
Katrina ialah seorang kakak yang sombong, pemarah dan pendengki.
Manakala Kamelia pula ialah seorang adik yang lembut, pemurah dan baik hati.
Kamelia dan Katrina telah kehilangan ibu sejak kecil dan mereka dibesarkan oleh nenek mereka, Nek Mun.
Kenakalan Katrina terserlah dari kecil lagi. Kamelia sering dibuli oleh Katrina menyebabkan bapanya, Jehan, selalu menyebelahi Kamelia.
Sejak dari itulah perasaan iri hati terbit di hati Katrina dan menjadi pemangkin semangatnya untuk mendahului Kamelia dalam apa jua cabaran yang dilalui.
Perasan benci Nek Mun terhadap menantunya pula terbawa-bawa hingga kini kerana wajah Kamelia mirip wajah menantunya.
Kerana itu, Kamelia sering dilayan dengan buruk sekali. Segala kasih sayangnya dicurahkan kepada cucu kesayangannya, Katrina.
Konflik dan drama menjadi-jadi apabila Katrina ingin mencuri hati Ari yang telah diberikan ke Kamelia.
Motif Katrina hanyalah untuk mewarisi segala hartanya. Tidak ada apa yang akan menghalang Katrina daripada memiliki hati Ari walaupun dengan membunuh!
Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Berjayakah Katrina memiliki hati Ari? Adakah Kamelia terus dibenci keluarganya?
Saksikan drama hebat penuh konflik ini yang akan bersiaran menerusi Astro RIA (saluran 104) pada setiap hari Khamis bermula 5 November 2009 jam 9.05 malam.
21 Responses to “Drama Kamelia Katrina”
nabil n miera gndingan yg hebt.. mnakal elyana n nabil x sbrpe coz elyana looks a little bit older than nabil..
betzzzzz,tapi mainkan biarle panjang sikit atau sehari dua kali!!!!!!!!!>_<.
aku suke teengok kamelia katrina….best ceritnye….miera yg mainkan watak kamelia kena dgnnye…..
i like..
dalam islam…adik beradik mana ble satu suami..kecuali lah..dia ceraikan….salah satu darinya…ni baru tadi aku tengok ulangan dia…napa plak tu….kamelia dan akak dia satu suami…gila betul ni drama…
elyana sukeati die je nk pkai bju aper geli dowh!
kamelia bodoh la xsuke btul die ingat suami die tu jht sgtla n syg sangat kat kakak jahat die!
Hmph! ceta kamelia katrina ni best gak. cuma aku x suka tengok elyana tu. punya lah pisau cukur dia dalam crita ni! kamelia tu pun satu jugak. kalau aku jadi dia. aku xkan mengalah dengan kakak yg tak tau di untung!
Bukan la..Cameraman tu skandal gan zarina zainuddin.tak tau la..kawan aku yg ckp..sbb dia pun crew gak.
ELYANA COUPLE GAN CAMERAMAN…!!!SIAPA YE?
ye la..aku pun ada dgr citer.Bukan ke mamat tu dah kawin.Hahaha..biasa la dunia glamour ni.
bukan ke pelakon utama skandal dan cameraman dia.Cameraman tu dulu ex-bf watie elite?
aku suke tngk cte ni..bkn ape suke kt nabil 2 je..yg len aku x mnt sngt pn.
aq suka lagu "sebuah janji"tu,MANTOP cyot!!!
thanks. best site
my site: http://www.masoodownload.com
tajuk lagu tema kamelia katrina ialah 'Sebuah Janji' dari kumpulan 'Fasetigabelas'
cuba la cari kat google untuk download k..
ha tu la pasal..
aku pun tercari2 gak tajuk lagu dlm cita ni
sapa ya?
tjuk lgu dlm citer niy pew hah..???
best giler cita tok…mek dah tengok…giler da kakak kedak katrina….hehehe
nak tau lagu yg dlm cite ni…ape tajuk dia ek?
ak skew dowh elyana……perh cun siot………….