• Maizawati Kahwin
  • Awal dan Scha bercinta
  • Tiket Konsert Noryn Aziz hampir habis Terjual

    Artis Malaysia gosip artis  | 17 November, 2009

    konsert noryn azizNoryn Aziz yang bakal mengadakan konsert “DFP Spotlight:Jazz” pada 12 Januari 2010 ini telah pun menjual Hampir 70% tiketnya untuk konsert yang dianjurkan oleh Dewan Filharmonik, Petronas, di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) khas untuk penyanyi-penyanyi Jazz tanah akhir.

    Konsert yang bakal berlangsung ini adalah konsert solo sulung buat Noryn Aziz setelah sekian lama bergelar artis. Dengan tiket beharga RM30, Noryn Aziz bakal menghiburkan peminatnya selama satu setengah jam pada konsert tersebut. Dewan yang boleh memuatkan 300 orang itu juga katanya mempunyai Teknologi yang cangih dan Noryn bakal membawa kelainan pada konsertnya nanti.

    Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan pada malam itu adalah “Ladies Sing the Blues” dan “Misty.” Lagu-lagu daripada albumnya juga akan dinyanyikan oleh Noryn.

    “Saya juga akan menyanyi beberapa buah lagu yang digubah oleh saya, lagu-lagu jazz serta latin dan dua buah lagu single baru,” jelas penyanyi itu. Muzik pada konsert itu akan dimainkan oleh bandnya sendiri.

    “Ramai yang menyangka yang saya akan menyanyi bersama kumpulan okestra tetapi sebenarnya tidak,”

    “Ini juga merupakan satu konsert yang agak kecil dan berada lebih dekat dengan penonton berbanding konsert-konsert saya yang terdahulu,” kata Noryn.

    Sementara itu, Noryn kini sibuk dengan singlenya yang bertajuk Izinkan Aku dan Kesungguhan Cinta, dijadualkan akan keluar pada awal bulan Disember ini.

    “Saya ingin mengeluarkan album tetapi genarasi kini lebih suka memuat turun lagu-lagu menlalui Internet.

    “Itu adalah salah satu sebab kenapa saya lebih suka mengeluarkan single saya dahulu sebelum album,” kata Noryn. Manakala albumnya pula yang keluar pada awal tahun hadapan.

    bagi peminat-peminat musik jazz korang dinasihatkan untuk memdapatkan tiket konsert sulung Noryn Aziz yang hanya tinggal 30% sahaja lagi dengan secepat yang mungkin sebelum habis dipasaran… Jom kita support arena musik tanah air…


  • Takkan baca jer, Comment la sikit..