Drama Nur Kasih bakal di DVD BOX

  • >>
  •   |   Posted: 2 December 2009 at 12:48 pm  

    drama nur kasihNur Kasih arahan Khabir Bakhtia dan penulis skripnya Mira Mustaffa yang mengisahkan tentang pengorbanan dua beradik, Aidil dan Adam telah mencatatkan jumlah peratusan penonton yang tinggi selepas siaran episod terakhir pada malam Jumaat lalu. Drama bersiri 26-episod itu telah menerima kadar penontonan sebanyak lebih 4.1 juta orang…

    Ini jelas menunjukan Drama Nur Kasih diminati dan jalan ceritanya memenuhi citarasa penonton tv di Malaysia. hampir kesemua pengikut drama ini menyatakan rasa puas hati, dan ada juga yang merasa terharu berbaur gembira dengan kesudahan siri menarik ini di mana akhirnya Nur Amina menemui kebahagiaan bersama Adam.

    Drama Nur Kasih yang memberi impak yang besar kepada industri drama Malaysia ini Menampilkan barisan pelakon berpengalaman seperti Dato’ Jalaluddin Hassan (Ustaz Hassan), Fizz Fairuz (Aidil), Liza Othman (Hajjah Khadijah), drama bersiri ini juga telah berjaya melonjakkan populariti pelakon baru seperti Remy Ishak (Adam), Tiz Zaqyah (Nur Amina), Sharifah Sofea (Katrina), dan Ummi Nazeera (Siti Sarah).

    Melihat kepada respons penonton, drama ini akan diterbitkan dalam bentuk DVD box set dan akan mula berada di pasaran dengan harga RM99.00.

    Sementara itu, difahamkan juga siri Nur Kasih ini juga akan diadaptasikan ke layar perak di mana tanggungjawab utama bakal dipikul oleh Khabir Bhatia dan Filmscape yang kini sedang dalam perancangan awal.

    Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat

    PERHATIAN!: Anda digalakkan untuk memberi komen, pendapat dan nasihat, tetapi anda tidak dibenarkan sama sekali mencarut atau menyebut perkataan lucah dibahagian komen.. Pihak MyGosip tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang diberikan. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. budi bahasa budaya kita, komen lah secara berhemah

    3 Responses to “Drama Nur Kasih bakal di DVD BOX”
    1. nurkasihspecial says:

      SERTAI PERADUAN NURKASIH SEKARANG!!

      ANDA BERPELUANG UNTUK MEMENANGI SET LENGKAP DVD NURKASIH YANG BERNILAI RM99!

      LAYARI http://www.gua.com.my/Entertainment/Contest.aspx

      =D

    2. ...kudambahagia... says:

      best cite ni..byk pengajaran…tp nk beli dvd tu,xde dh kot:)

    3. Anonymous says:

      drama ni memang bagus sebagai pengajaran….