gambar lawak cerita lawak

Eja Menang Kes saman melanggar perjanjian RM20k

Posted My Gosip: 10 December 2009 at 2:59 am under gosip artis  

eja menang kes saman gulatisTaniah buat Eja sekali lagi, dia bukan sahaja baru dapat cahaya mata yang pertama, tapi Eja juga berjaya memenangi kes saman ganti rugi sebanyak RM20,000. daripada syarikat tekstil Gulatis Exclusive Sdn Bhd atas dakwaan melanggar perjanjian. huh! banyak tu RM20,000…

Walaupun pada asalnya saman Eja berjumlah RM240,000 terhadap Gulatis ekoran syarikat itu menggunakan gambar tanpa kebenarannya bagi tujuan promosi pada papan-papan iklan, poster dan banner. Tetapi hakim menolak tuntutan Eja untuk mendapatkan ganti rugi terhadap kehilangan pendapatannya tu.. yang berjaya dimenangi oleh Eja hanyalah kes melanggar perjanjian je.., kira ok la.. atleast menang jugak sikit… hehehe…

Bagi sesiapa yang tak tahu kes ni, sebenarnya dulu Eja hanya bersetuju untuk membenarkan gambarnya yang bersaiz kecil disiarkan pada borang peraduan Guess Who and Win sekitar tahun 2005. tetapi gambar Eja telah dibesarkan dan digunakan pada poster, banner dan brosur yang dipamerkan di jalan-jalan raya di Malaysia serta siaran televisyen tanpa persetujuan Eja.

selain itu tindakan syarikat yang telah meluaskan penggunaan gambarnya “sebesar bangunan Gulatis” telah menjejaskan periuk nasinya kerana agensi lain menganggap Eja sebagai duta Gulatis dan dengan itu tidak menawarkan beliau apa-apa kerja… begitula ceritanya…
cerita lanjut baca ni –> kes saman ganti rugi eja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Takkan Tengok Jer, Comment La Sikit..

Comments

One Response to “Eja Menang Kes saman melanggar perjanjian RM20k”
  1. Faris says:

    Tak da org yg berani komen eja ke. mungkin dia org takut kena saman dgn eja kot…. hehehehe