gambar lawak cerita lawak

Gambar Aida Juara Gadis Melayu bertunang dengan Saiful Nizam

Posted My Gosip: 21 December 2009 at 2:42 pm under perkahwinan artis  

Aida yang juga juara program realiti pencarian Gadis Melayu musim pertama telahpun bertunang dengan Saiful Nizam Ismail yang juga penyampai berita di TV3.. selepas setahun mereka menjalinkan hubungan percintaan akhirnya Khairul Noormaidah Zali atau nama glamournya Aida bersetuju untuk menerima Saiful Nizam Ismail sebagai tunangnya…

Majlis yang berlangsung di Bandar Country Homes, pada 19 december yang lalu diadakan dengan penuh adat istiadat apabila keluarga Saiful memulakan upacara merisik diikuti dengan ikatan pertunangan… Pada Majlis pertunangan ini, Aida Juara Gadis Melayu menerima tujuh dulang hantaran berupa sebentuk cincin platinum berlian sebagai cincin merisik, sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian sebagai cincin pertunangan, sepasang persalinan, sirih junjung, manisan dan kek.

Manakala Hantaran yang dibalas kepada Saiful Nizam pula ialah tujuh dulang berbentuk sirih junjung, kek, coklat, buah-buahan, sepasang persalinan dan pulut kuning.

Majlis pernikahan pula mungkin akan dilakukan sebelum bulan Ramadan tahun hadapan kerana pasangan bahagia ini ingin menyambut Ramadan dan Aidilfitri dalam status suami isteri yang sah…

Kami di MyGosip mendokan kebahagiaan Aida dan tunangnya dan berharap hubungan yang mereka bina ini bakal diakhiri dengan kebahagiaan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Takkan Tengok Jer, Comment La Sikit..

Comments

9 Responses to “Gambar Aida Juara Gadis Melayu bertunang dengan Saiful Nizam”
  1. wanita melayu says:

    comelllllll

  2. Ros sweet says:

    taniah……sweet sgt akak….sy doa kn akak n suami kkal hingge ke akhir hyat

  3. zaza says:

    cantik sungguh mereka nie bertudung…

  4. eyu says:

    hoho, memang sepadan dan seseuai

  5. ciktipah says:

    waaa!!! cik tipah memang peminat saiful nizam ismail ni.. kalu dia baca berita last sekali mesti dia kuar trademark dia…bagus la budak nih

  6. pinky says:

    AIDA CNTIKKKKKKK
    sesuai sgt2 ngan sepol yang hencem gler2 2

  7. Rosmah says:

    Mesti lah cantik, kalau tidak mcm mana dia boleh jadi JUARA……… kalau dia jadi couple aku lagi best……!!!! hahahahahaha………….

  8. Anonymous says:

    cntikkkk sgt si aida ni

  9. Zulaika says:

    Gadis Melayu musim pertama dah kena sambar, dah jodoh nak buat mcm mana kan, hanya ALLAH jua yang tahu.