Gambar Along Raja Lawak Dan Zila AF4 Kahwin
Artis Malaysia perkahwinan artis
Taniah buat Along yang popular melalui program realiti Raja Lawak dan Zila seeron yang juga popular melalui program realiti Akademi Fantasia 4 kerana mereka baru sahaja bergelar suami isteri yang sah semalam… Majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Felda Lui Selatan 1, Bandar Seri Jempol itu berlangsung dengan penuh meriah, dengan hanya dua kali lafaz dan mas kahwin RM200 beserta tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM17,119, Zila AF4 telahpun sah menjadi isteri kepada Along raja lawak.
Tujuh Dulang hantaran daripada pengantin lelaki ialah cincin jenama Habib Jewels, al-Quran, sejadah, telekung, sirih junjung, kasut dan beg tangan.
Dan pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran seperti al-Quran, set dompet dan tali pinggang, sirih junjung, kemeja, kasut, sejadah, coklat Ferrero Roche dan cincin emas putih.
Kedua-dua pengantin baru ini memilih pakaian serba putih yang ditaja oleh Ezlynnz Collection untuk majlis pernikahan mereka. Manakala majlis persandingan pihak perempuan bertemakan warna hitam dan hijau.
Majlis persandingan bagi pihak lelaki pula bakal berlangsung pada 14 Februari ini yang bertemakan moden Inggeris yang ditaja oleh Adli Bridal, dan akhir sekali majlis persandingan buat peminat mereka pula bakal berlangsung pada 27 Februari ini di Plaza Angsana yang ditaja sepenuhnya oleh Plaza Angsana dan Butik Juzzarith.
Banyak pula penaja mereka ni.. apa-apa pun, taniah buat Along dan Zila yang baru sahaja bergelar suami isteri yang sah, MyGosip harap perkahwinan mereka akan kekal sehingga keakhir hayat… Jom kita layan gambar pernikahan dan perkahwinan Along dan Zila ni..



Foto The Star oleh Shaari Che Mat
6 Responses to “Gambar Along Raja Lawak Dan Zila AF4 Kahwin”
Perut ekin tak naik2 Mawi salah ekjas lobang kot….. hehehehehe
biasa la tu eina.. lelaki kalau dh kawen konpom naik skit badan dia.. tapi perut ekin tu bila laa nk naik.. hehehe..
amin…
mawi mcm dah gemuk skit jer kn.. huhuhu..
amin..
Taniah Along, isteri along memang sepadan dgn along, semuga berekalan ke akhir hayat………..'amin'