Linda Onn Akan Jawab Di Mahkamah Sahaja!
Artis Malaysia gosip artis
Linda Onn yang bakal diheret ke Mahkamah oleh Fahrin Ahmad gara-gara menuduh Fahrin seorang yang panas baran dan kaki pukul nampaknya tidak akan mengalah begitu sahaja, Tuntutan 7 hari notis untuk meminta maaf secara terbuka mungkin tidak akan diendahkan oleh Linda Onn. Nampaknya, drama kedua-dua artis Malaysia kita ni menjadi semakin panas.. Jom kita baca apa reaksi Linda Onn mengenai kes ini yang dipetik daripada GUA…
“Semua kenyataan yang keluar daripada mulut saya adalah untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh pihak media. Bukan saya sengaja hendak bercerita. Saya bercakap perkara yang benar”.
“Memandangkan perkara ini akan dibawa ke mahkamah, jadi saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya. Saya sudah tahu perkara ini beberapa hari lalu dan bermula dari hari itu, saya telah lantik peguam untuk menguruskannya.”
“Biarlah perkara ini dibincangkan di mahkamah. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini,”
Linda Onn dan juga Fahrin Ahmad nampaknya tidak mahu mengalah, masing-masing ingin menunjukan kebenaran pada diri masing-masing.. Kita yang hanya sebagai pemerhati, sama-sama lah kita tunggu kesudahan kes ini.

2 Responses to “Linda Onn Akan Jawab Di Mahkamah Sahaja!”
itulah…sudah tak glamour..mcm mcm yamg dibuat…sudah sudahlah tu…jangan kerna nila setitik…rosak air setempayam
hmmmm…mcm2 lah linda nie..lepas 1 staition..1 station la plak!!dlm saham tgh menurun..buat hal ler plak!!very d cheap publisiti ke??!…wallahualalam…