gambar lawak cerita lawak

Nash dan Betty Banafe bercinta?

Posted My Gosip: 6 January 2010 at 5:55 am under gosip artis  

Nash dan Betty Banafe bercintaNash yang telah dua kali menduda nampaknya telah berjumpa penganti baru untuk menjadi teman hidupnya. Gambar Nash yang bergurau-senda dengan Betty Banafe di majlis perkahwinan anak saudara pelawak dan pelakon Zaibo di Bukit Damansara baru-baru ini jelas menunjukan yang mereka seperti dilamun cinta..

Kisahnya bermula apabila Nash yang sedang menyampaikan lagu ‘Doa Buat Kekasih’ di atas pentas dan Betty telah menghadiahkan dua kuntum mawar putih kepada Nash. Apabila ditanya kenapa dua kuntum mawar putih, dengan selamba Betty menjawab “Ia simbolik dan ada maksud tersirat. Hanya abang Nash yang tahu…”.

Yang lebih menarik lagi selepas selesai Nash menyampaikan lagu dia berkata “Saya akan simpan bunga ini sampai kering.” kepada tetamu yang hadir. Dan dengan selambanya Nash memetik bunga mawar berhampiran dan memberikanya kepada Betty sebagai balasan..

Drama percintaan mereka pada hari itu menjadi tanda tanya banyak pihak, Adakah mereka sedang dilamun cinta?. Jom kita dengar apa kata Nash dan Betty Banafe

“You cari lah jawapannya sendiri. Kalau sudah bunga berbalas bunga, itu tanda apa?, Saya tak nafi yang saya sayang Betty sebagai seorang adik, sahabat dan rakan artis. Yang selebihnya, saya tak berani nak cakap. Masa akan menentukan segalanya. Soal jodoh sukar untuk kita ramal.” kata Nash yang cuba berteka-teki.

Menurut Betty pula “Sebenarnya kami dah lama rapat, sejak dari persatuan Karyawan lagi. Nash seorang ayah yang penyayang, abang yang caring dan teman yang setia. Kalau tengok kemesraan kami bila bersama, memang senang disalahertikan. Tapi kami sangat rapat. Abang Nash pernah suap Bet makan dengan tangannya sendiri kat Karyawan dulu. Dari situ Bet tahu, abang Nash memang seorang yang caring.”

“Abang Nash ada pegangan agama yang kuat dan boleh membimbing ke arah kebaikan. Itu ciri yang paling penting dalam rumahtangga. Mungkin abang Nash belum bernasib baik ketemu wanita yang benar-benar memahaminya. Bet pun macam abang Nash juga, selalu tak bernasib baik dalam soal cinta. Insya Allah, saya selalu doakan yang terbaik untuk abang Nash,”

“Kita tidak boleh kecewa dengan kegagalan kerana di sebalik kegagalan itu ada hikmahnya,” “Bertuah betul wanita yang berjaya mencuri hati abang Nash,” kata Betty.

Apa pun hubungan mereka.. MyGosip berharap ianya diakhiri dengan kegembiraan..

Nash dan Betty Banafe serta anak nash

anak lelaki Nash dan Betty Banafe

Nash dan Betty Banafe bermesra

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Takkan Tengok Jer, Comment La Sikit..

Comments

16 Responses to “Nash dan Betty Banafe bercinta?”
  1. Umie says:

    salam … tak heranlah artis skrg ni pas kahwin .. cerai …kahwin .. cerai … never ending story …can’t even make the first marriage works .. ade hati nak kahwin lagi .. what a joke …lol.

  2. mimie says:

    kalo nash ngn betty jd kwin alhamdulillah lar ye..moga2 rmah tangga yg dibina berkekalan hingga akhir hayat…sama2 la kita doakan..amin

  3. tokaki says:

    A'uzubillahi minassyaitanir rajim.
    Bismilla hirrahma nirrahim.

    Perlu diingat sesungguhnya jodoh dan pertemuan itu ditentukan oleh Allah SWT. Manusia hanya mampu merancang sedangkan yang menentukannya hanyalah Allah semata, mungkin itulah yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk kita. Namun sebagai insan kita disuruh berikhtiar untuk mencari pasangan hidup terutama pasangan yang soleh atau solehah. Wallahu A'lam.

  4. eina says:

    hahahha.. dh mcm anak dgn bapak dah.. tapi kalau dh suka sama suka nak buat mcm mana.. kawen jer la.. dua2 pun single lg..

  5. taylor swift says:

    x padan ar..betty tu lawa..hurmm…ex nash tu muka "bergetah"..sumpah x lawa..tp kaya…

  6. ERRA2 says:

    Mungkin gak dia jadi bini No.2, tu yg nikah kat Thailand.. emmmmmmm………. Datuk…. Datuk….. memalukan je……

  7. kudin says:

    ala.. ni mesti laki yg dia nikah tu dh ada bini!! mana leh nikah kat mesia.. kantoi la nanti.. hahaha…

  8. Malim says:

    biasa ar janda.. mana leh tahan.. hehehe.. tapi pelik la janda nash ni.. apsal nk nikah pn smp luar negeri, thailand plak tu.. apa nikah kat mesia ni tak best ke????

  9. Malim says:

    hahahaha.. anak dara la sgt… @##$%

  10. Riana says:

    Betul lah Faiz janda dia yg tu memalukan je……. bukan lawa pun…. muka bulat je…..

  11. Riana says:

    Tahniah Abg Nash, ya ke………… Betty Banafe anak dara hehehehehe……..@#$%&*^^^^

  12. Riana says:

    Ok pa……….. kalau rasa nak cuti panjang kan cuti 2010 lum usik lagi hehehehe…. cuti jgn x cuti.

  13. A_faiz says:

    Tahniah buat Nash dan Betty Banafe kalau itu dah jodoh mereka berdua kami sebagai pemihat hanya mendoakan kebahagiaan kamu. Buat majlis elok2 Nash jangan jadi…….(mcm bekas isteri dia yg sekrg dah bergelar datuk, bila dah kena tangkap baru nak mengaku dah bernikah kat luar negara….. buat malu je…………….., yg peliknya kenapa masa kena tangkap tak tunjukkan surat nikah, hanya….. kata…… adalah………….!!!!!! PELIK3…..?????

  14. eina says:

    wah.. cinta tak kenal usia ni.. hehehehe.. anyway, happy new year sume.. bestnyer cuti rasa mcm nk cuti lg jer.. hehehe..

  15. zuhaila says:

    hehehe.

  16. zuhaila says:

    waa.. bagus la.. cepat2 la kahwin… sronok abg nash kita dpt ank dara.. hehehehe