Rancangan Realiti Baru ‘Saya Nak Cuti’ Terbitan Astro
Artis Malaysia gosip artis
Astro sekali lagi melahirkan rancangan realiti baru yang diberi nama ‘Saya Nak Cuti’ yang bakal disiarkan pada bulan Mei nanti.. Setelah rancangan realiti Akademi Fantasia, Sehati Berdansa dan Raja Lawak mendapat sambutan yang mengalakan, Astro mengorak langkah setapak lagi dengan melahirkan rancangan realiti yang berbentuk travelogue.
Saya Nak Cuti! tidak seperti rancangan realiti yang lain, keputusan undian bukan dilakukan melalui khidmat persanan ringkas (sms) tetapi melalui undian secara online dan pengundi boleh berbuat demikian dengan melayari www.mastraveller.com, Undian akan dijalankan selama empat minggu berturut-turut dan dua peserta yang mendapat undian terendah setiap minggu akan disingkirkan. Daripada situ, hanya 12 finalis sahaja yang akan dipilih dan tujuh daripadanya nanti akan dinilai oleh pihak juri profesional untuk dinobatkan sebagai pemenang. Uniknya, Saya Nak Cuti! akan menampilkan tujuh pemenang yang dipilih berdasarkan karangan dan video uji bakat mereka bagi mengendalikan episod mereka sendiri.
Jika anda berminat untuk mencuba nasib menyertai rancangan ‘Saya Nak Cuti’ ini, anda bolehlah menulis sebuah karangan yang tidak melebihi 350 patah perkataan di bawah tajuk Mengapa Saya/Mereka Paling Layak Untuk Memenangi Percutian Ini. Dan selitkan sekali gambar berukuran 4R dan uploadkan kesemuanya di www.mastraveller.com sebelum 31 Januari ini. Hanya 20 orang peserta sahaja yang akan dipilih dan mereka perlu memancing pengundi dan pembaca blog mereka untuk memilih mereka ke peringkat akhir.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan mengenai terma dan syarat Saya Nak Cuti!, bolehlah layari laman web http://www.mastraveller.com/
5 Responses to “Rancangan Realiti Baru ‘Saya Nak Cuti’ Terbitan Astro”
eh eh .. mygosip pun masuk rancangan saya nak cuti ni ke?.. hahahaha..
patut la senyap jer aritu.. hehehe..
perhatian kepada semua pegunjung mygosip… buat masa ni saya tak dapat nk update cerita2 terbaru sebab saya tgh pg bercuti skrg ni.. hari ahad ni baru saya akan balik.. so, mintak maaf sesangat yer..
eh.. ye ke… tp bg eina, lg byk cuti lg best.. hehehe.. penat dh hari2 pn kerja.. hehehe
hahahaha… malim nk kawen ke?.. ish3…