Fahrin Ahmad tunggu lampu hijau untuk saman Linda Onn
Posted My Gosip: 24 February 2010 at 1:55 pm under gosip artis
Kontroversi panas antara Fahrin Ahmad dan Linda Onn hampir sampai ke kemuncaknya, Fahrin Ahmad kini hanya menunggu lampu hijau daripadanya untuk memfailkan kes tersebut ke mahkamah, kira macam tunggu masa yang sesuai la untuk menyaman bekas kekasihnya tu… Linda Onn sudahpun mengesahkan untuk berjumpa di mahkamah sahaja manakala Fahrin Ahmad pula masih mencari-cari jalan penyelesaian cara baik…
“Writ saman sudah siap hanya tunggu ‘lampu hijau’ dari saya sahaja, sehingga kini saya masih lagi berharap agar perkara ini diselesai secara baik dan damai.
“Tapi perkara ini tidak hanya bergantung pada saya tetapi pada pihak Linda juga. Ramai yang suruh mengalah tapi saya sudah banyak kali mengalah dan perkara ini bukan soal peribadi tapi ini melibatkan maruah dan kerjaya saya,” ujar Fahrin Ahmad..
Fahrin Ahmad juga menghargai jasa baik Persatuan Seniman yang cuba menyelesaikan masaalah ini diluar mahkamah tetapi bertepuk sebelah tangan pastinya usaha tersebut tidak mendatangkan hasil yang baik… semuanya sekarang bergantung kepada respon Linda Onn terhadap jalan penyelesaian tersebut…
“Saya hargai pendapat dan tindakan pro aktif dan usaha dari Seniman untuk membantu menyelesaikan masalah ini dan saya tidak ada masalah tapi terpulang juga kepada pihak Linda. Saya tidak tahu apa respon dia pada Seniman, sehingga kini masih lagi menemui jalan buntu,” luah Fahrin…
Fahrin turut berkata yang beliau tetap akan berkeras untuk saman Linda Onn jika perkara ini tidak dapat diselesaikan secara baik diluar mahkamah. Apa-apa pun, buat peminat gosip artis Malaysia diluar sana, kita tunggu jer la apa kesudahan kes ini…
11 Responses to “Fahrin Ahmad tunggu lampu hijau untuk saman Linda Onn”
bagus fahrin!!!saman si hitam tu…huhhu
cik fara..ko rasa sape slh??
APA NAK DIKECOHKAN, JADIKAN IKTIBAR SEANDAINYA DIANTARA MEREKA BERTIGA ADA YG MATI DALAM SEHARI DUA INI BARU LAH NAMPAK YG BAIK, HENTIKAN LAH PERTIKAMAN LIDAH (TERKENENG ARWAH ABG DIN BERAMBOI)
Tak yah saman menyaman, artis bukan banyak duit sgt, baik buat benda lain dari menunjuk nunjuk konon mewah….
bagus fahrin!!!saman si hitam tu…huhhu
cik fara..ko rasa sape slh??
apa kene mengena abpbh dgn story diorg ni???
x phm btoi..
la…saja te bdk2 ni nk nk cr publisiti..abpbh kn bk dekat..phm2 la sendirik..
hohoho, ni kira nak menang abph la ni.. adoi.. apo la artis zaman skrg ni.. nk menang pun biar la sbb bakat.. apo la..
agak cam 2 la cik illa oi..
nk cari publisiti..hehehe
x abs2 lg cite ni..da nk abpbh dh la wei..cpt2 selesaikn..