Nabil bakal disaman oleh producer Lu Pikirlah Sendiri
Posted My Gosip: 15 February 2010 at 12:59 pm under gosip artis
Perbuatan Nabil raja lawak yang mengkritik atau mengutuk filem lakonanya sendiri ‘Lu Pikirlah Sendiri’ yang digandingkan bersama Puteri Sarah Liyana dan Mila AF akhirnya bakal membawa padah!. Penerbit filem Lu pikirlah Sendiri, Datuk Suhaimy Othman dengarnya sedang meneliti kontrak mereka bersama nabil untuk mengambil tindakan keatas nabil yang menjatuhkan imej filem lakonan sendiri sebelum ianya ditayangkan.
MyGosip agak kesian kepada Producer yang telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk pembikinan dan mempromosikan filem ini akhirnya digagalkan oleh perlakon utamanya sendiri. Kenyataan negatif yang dikeluarkan oleh nabil semasa ditanya oleh wartawan hiburan semasa tayangan perdana Lu Pikirlah Sendiri baru-baru ini nyata membawa kesan kepada penonton yang ingin menonton filem ini..
Kenyataan Nabil yang membawa padah…
“Tak boleh kata saya sangat-sangat gembira atau berpuas hati. Tak berapa nak sampai cerita ini. Okaylah, untuk tengok macam tu je. Setidak-tidaknya ada juga beberapa babak yang mampu membuat penonton ketawa,?
Benda ni sangat besar buat diri saya kerana ia menggunakan tagline saya dan berdasarkan pengalaman hidup saya. Tapi hasilnya tidak mencapai piawaian saya, tidak mewakili siapa diri saya. Rasa terkilanlah” kata Nabil.
Nasihat MyGosip kepada Nabil, Berhati-hati lah untuk mengkritik sesuatu.. zaman sekarang ni, kerana mulut poket binasa.. Apa-apa pun Lu Pikirlah Sendiri..
p/s: Kini kita boleh la mengelarkan nabil sebagai raja kritik pula..
19 Responses to “Nabil bakal disaman oleh producer Lu Pikirlah Sendiri”
budak kg mmg x sedar diri. acting mcm pro je… mcmla dasyat sgt ko tu… ko tu bkn pelawak zaman bapak aku muda2… contohilah pelawak2 yg bepelajaran tinggi tapi mulut diaorg relax je… tak mcm budak2 sakai kg sorang ni dan beberapa lg pelawak yg sama spesis mcm ni(korang pikirla sape?)dahla pelajaran bungkus,ilmu lawak pn x tara mana… org dh bg peluang camni pn x sedar diri… sedarlah wahai pelawak2(spesis yg dinyatakn diatas)… bru org bg peluang dah jadi 3suku.. aweklah,skandallah… tak sedar diri betolla… korang klu org x bg peluang camni, korang mmg takde ape pn…duduk kg cukup makan jela korang ni… nk keje ape? pelajaran pn takde… jadi pomen kedai moto,menoreh… tu jela yg layak… oii malula sikit…
aku rasa..dia komen pd dri sndri. alahai..skrg tkleh trima tguran…aku buknlh nk sebelahi sesiapa. dh nama nk buat gosip. simple statement smpai nak saman2 tak masuk akal lah.
haiyoo,syukurla ada yang kasi job…
la filem pertama dah kecoh … ingatkan filem yg ke10 ..hehehe. Kalau nak kritik lakonan sendiri tak yahlah hebahkan satu dunia. Bagilah penonton yg kritik baik ke buruk ke ..so, so ke lakonan anda. what standard? this is ur 1st film, how can u possibly hv a standard, compare to what?
tu hak dia nak ckp ape benda pun… x salah bg dia… coz bkn dia yg kuarkan duit … huhu,,,, lu fkirlah sendiri…
ciann.. br dpt tapak dlm dunia seni dh kna berdepan dgn modal yg besar iai2 2j.. berlakon pn x hebat mn dh pandai nk up standard.. klu komfom la dia ni kna saman, balik antaq surat la wooo.. la ni pn xdak dah aku tgk muka dia ni dlm tv.. kna gam dgn producer la kott.. lu x prepare pape bisnes ka nabil? kot2 la ada wat bisnes juai air kt psr mlm ka,juai minyak lintah ka… lu pk la sendiri no.. kna sggh dgn tagline ko ni dgn ko..
Mangkuk la korang sumer, lain Nabil cakap, lain pulak yang korang komen..
Seorang pelakon yang bagus akan sentiasa mahukan yang terbaik.. Tak salah, Nabil ada standard tersendiri.
Filem ni memang cam haram. Direktor pon bodoh sombong.. Nak jaga air muka konon.. Ingat penonton Mesia ni bodoh agaknya? Plot main belasah, main sedap edit..
Jangan salahkan Nabil, Tuan produser membazir letak duit dia amik sutradara (filem pertama, auwww!) macam HAMPEHHHHHH!!!
hobin, jang hobin!
nabil belakon pun takde la bagus sgt.. takde pun pengarah tu nk komplain ke kritik ke kat media… nabil ni baru jd pelakon dh pandai nk kritik2 org.. blum dh lama lg tu.. ntah mcm mana la dia punya blagak nanti..
apalah ko nabil…camnilah bile budak kmpung jadi popular..dh kejutan budaya…kua3x..confirm lps ni takdak orng nak ambik ko brlakon….sian ko!!!ape kate mintak maaf secara terbuka kat producure tu…yelah bukan siket die kuarkan duit tuk promotion…
emmmm… lu pikir la sendiri nabilll…
otak lu ada…
dia kena kejutan popular tu.. tu yg meraban kejap.. huhuhuhuu..
Nabil ni org N9 kan…., org N9 kalau ada nama sikit memang mcm tu sombong dan besar kepala, lu fikir lah lagi siapa org N9 yg besar kepala kat malaysia ni…!!!! Ramai beb termasuk lah……????? Lu fikir lah sendiri…???
nabil sekarang dah lupa diri dah… org kampung kalau popular mcm tu la..
KATA2 NABIL DALAM MANGGA
Menonton lakonannya dalam Lu Pikirlah Sendiri de Movie menimbulkan ketidakpuasan hati kepada Nabil. Masakan tidak, filem tersebut adalah filem pertama lakonannya selepas memenangi Raja Lawak.
“Saya tahu saya boleh bagi lebih lagi untuk watak ini. Lagipun saya tak ada basic lakonan langsung pada masa tu tapi syukur abang Apek banyak bagi tunjuk ajar,” ujarnya
Sedikit kesal dengan hasil yang dipertontonkan, Nabil mengakui filem lakonannya tidak mungkin dapat menandingi filem Adnan Sempit yang sedang hangat ditayangkan. Baginya tiada apa yang dapat dipertikaikan lagi kerana filem tersebut telahpun siap sepenuhnya
Hai…. Nabil kena ikut peribahasa org tua2…. cakap siang pandang2, cakap malam dengar2, jangan ikut suka hati kau je… kalau dah banyak duit sedekah pada anak2 yatim, mcm ni percayalah ramai pengarah tak berani amik Nabil berlakun kerana keceluparan mulut Nabil…????
konpom lepas ni pergarah sumer pikir 2 kali nk ambik dia ni berlakon.. silap2 blh rugi produksi wooo..
bagi saya tak salah kalau nak kritik..walaupun diri sendiri..sebab..manusia mg slalu melakukan kesalahan..so benda nie kecik ja….nak saman buat per..buang masa..buang duit..dan tak sporting…pemikirikan masih lagi kolot..
orang malaysia mg tak boleh menerima kritikan semua…nak buat untung saja….kalu nabil tu komen dia tak bagus kira ok la..dia berterus-trang..tidak hipokrit…lagi pun kata2 nya bknlah kasar pun..standart..welcome to the world..no pain no gain……kena sket pun dah nk saman..tiada sikap beralah
cakap orang tua2 bukan semuanya btul..baik ikut benda yg lain lebih baik