Tom juara Mystarz Lg musim ke-3

  • >>
  •   |   Posted: 1 February 2010 at 12:06 am  

    tom juara mystarz lgKonsert akhir Mystarz Lg musim ke-3 yang berlangsung di dewan Merdeka PWTC baru sahaja melabuhkan tirainya.. Ternyata persembahan ketiga-tiga finalis Mystarz Lg kali ini memang hebat dan meletop. Apiz, Tom dan Sarah ternyata berbakat, mereka bekerja keras bagi merebut gelaran juara Mystarz Lg musim ke-3 kali ini.. Tetapi keputusan lebih memihak kepada Tom yang kini sudahpun bergelar Juara Mystarz Lg musim ke-3.

    Ajai, Azmeer dan Mas Idayu yang menjadi juri bagi Grand Finale Mystarz Lg musim ke-3 kali ini turut memeriahkan lagi suasana. Persembahan Tom yang dimulakan dengan lagu Isabella dan diiringi dengan lagu Revolusi yang dipopularkan oleh Bunkface, ditambah pula gandingan Tom dan Mus May yang mendendangkan lagu Senja nan Merah nyata memukau penonton.

    Keputusan penuh konsert akhir Mystarz Lg musim ke-3 ialah:
    Juara = Tom
    kedua = Apiz
    ketiga = Sarah

    Tom yang juga juara Mystarz Lg musim ke-3 membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100,000 , recording contract dengan Warner Music dan sebuah TV LCD 40 inci sumbangan LG. Apiz pula menerima wang tunai sebanyak RM15,000 serta telefon bimbit LG Chocolate manakala Sarah dihadiahkan wang tunai sebanyak RM5,000 serta home theatre system sumbangan LG. Taniah buat Tom dan kesemua finalis, bagi peserta yang tidak berjaya, jangan la putus asa, korang boleh la cuba lagi pada tahun hadapan… takpun masuk jer program realiti yang lain..

    Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat

    PERHATIAN!: Anda digalakkan untuk memberi komen, pendapat dan nasihat, tetapi anda tidak dibenarkan sama sekali mencarut atau menyebut perkataan lucah dibahagian komen.. Pihak MyGosip tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang diberikan. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. budi bahasa budaya kita, komen lah secara berhemah

    4 Responses to “Tom juara Mystarz Lg musim ke-3”
    1. melly says:

      taniah tom…

    2. jiji says:

      sape plak si tom ni!!!tup2 menang!!!x kenal po!!!tom2 bak tau!!!

    3. Riana says:

      Betul lah faiz semua finalis bagus2, Taniah buat Tom kamu terbaik malam final dan menjadi juara, taniah juga untuk Apis dan Sarah persembahan u all memang bagus……!!!!!

    4. A_faiz says:

      Taniah untuk Tom telah melakukan persembahan yg terbaik, tetapi semua finalis bagus2 belaka… Taniah juga untuk Apis dan Sarah