gambar lawak cerita lawak

Gambar anak kembar Ziana Zain

Posted My Gosip: 10 March 2010 at 8:02 am under anak artis  

gambar anak kembar ziana zainAkhirnya, Ziana Zain memperkenalkan juga anak kembarnya kepada media semalam di Majlis Slim World Beauty House. Anak kembar Ziana Zain yang dilahirkan sepasang, lelaki dan perempuan diberi nama Muhammad Ariel Armin Zharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin yang kini sudah pun berusia 8 bulan. Gambar anak Ziana Zain ni memang comel kan..

Menurut Ziana Zain juga, dia bukanya sengaja untuk tidak memperkenalkan bayi kembarnya sebelum ini, tetapi diatas nasihat doktor, Ziana Zain terpaksa menyorokan anak kembarnya kepada umum kerana anak kembarnya dilahirkan dengan tidak cukup bulan. Selain itu Ziana Zain juga menceritakan detik cemas yang hampir meragut nyawanya ketika ingin melahirkan Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh…

“Saya hampir mati melahirkan anak-anak saya. Seminggu sebelum melahirkan mereka, tekanan darah saya naik sehingga melebihi tahap 200 bacaan atas.

“Bukan saya hendak sorok bayi kepada peminat dan media. Sebenarnya Saya dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi sehingga melahirkan anak. Mereka lahir tak cukup bulan.

“Selepas bersalin saya dan anak-anak saya tidak sihat. Doktor tidak membenarkan anak saya terdedah demi kesihatan mereka. Sebab itulah saya tidak dapat memenuhi permintaan media yang mahu merakam gambar mereka”.

“Cukuplah… inilah pengalaman terakhir melahirkan anak. Saya dah rasa bagaimana seksanya nak mati,” kata Ziana.

Taniah buat Ziana Zain kerana memiliki anak kembar yang comel, kami berharap Ziana Zain mampu mendidik anak kembarnya sebaik yang mungkin, apa-apa pun jom kita layan gambar anak kembar Ziana Zain ni…
gambar anak kembar ziana zain

anak kembar ziana zain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Takkan Tengok Jer, Comment La Sikit..

Comments

17 Responses to “Gambar anak kembar Ziana Zain”
  1. nia says:

    k.ziana memg comel gler,,cm baby2 dye jgk…pnah gk jmpe k.ziana nie tp lngsung x sombong…x nmpk cm artis pon klo jmpe kt lua…pape pon k.ziana memg best!!!!!!

  2. pengkritiktetap says:

    sukanya saya tengok mama bersama anak kembarnya……so cuteee

  3. lee says:

    comel…mcm mama dia he…he..

  4. Ros sweet says:

    so sweet……bg sy sorang ley x kak ziana…..hehehehehehehee…..gram jer sy tgk….

  5. jj liesa says:

    comellllnya babyz ziana n husband.smoga bahagia dunia akhirat.tabik kak ziana…

  6. putri86 says:

    sa pun nak anak kembar gak… huhu..
    mesti best,anak kita sama rupa kan..

  7. zara says:

    comel la
    fuhhh…dpt ank kembar uh….
    sy pom nk ank kembar jgk la

  8. liz says:

    tahniah.. kak ziana best… comel baby. germ..geram…geramnyeee….

  9. frischer says:

    pssst….cmna leh dpt twin beby?…akak da kturunan twin erk?…..hehe…untunglah leh dpt spasang skaligus…

  10. TIEY says:

    tahniah kak,rezeki kak murah,tuhan kurniakn 2 org serentak sekali gus…harta yg x ternilai tu……ada org nk dapat sorang pun susah,…

  11. sakawi says:

    tahniah kak ziana dpt baby cute sgggttt…kiri msti baby girl,kanan pula baby boy..haha,btul x tekaan sy ni..apa2 pun tahniah dpt baby twin baby boy n girl..

  12. 'owg sarawak'' says:

    cutenyer”..ank kak ziana..

  13. MASZ says:

    TAHNIAH BUAT ZIANA.SEMOGA KEMBAR ZIANA SIHAT SENTIASA.NAMPAKNYA WAJAH KEMBAR ZIANA SEIRAS.
    SAYA JUGA MEMPUNYAI KEMBAR SEPASANG BERUSIA 9 BULAN TAPI TIDAK SEIRAS.

  14. sausau says:

    Cute…

  15. hasmah says:

    tahniah kerna dapat baby2 yg cute..

  16. munirah says:

    cute…hehee..tahniah..yg gurl simpan rmbt pnjg yekk..tak cam la…hehee..

  17. illa says:

    wah.. comel comel.. bestnyer dapat sepasang sekali.. taniah kak ziana.. ;)