gambar lawak cerita lawak

Nabil tetap akan disaman juga

Posted My Gosip: 2 March 2010 at 8:30 am under gosip artis  

nabil raja lawak akan disamanGosip terkini, Nabil akan disaman juga gara-gara mulut dia yang cakap main lepas jer tu.. Walaupun Nabil sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di media cetak tetapi permohonan maaf Nabil tak diterima oleh Pengarah dan Penerbit Bersama filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie dan memutuskan untuk menyaman Nabil yang kini dalam proses pembincangan dengan peguam mereka.

Nabil akan disaman oleh Pengarah dan Penerbit Bersama filem ‘Lu Pikirlah Sendiri’ kerana didakwa telah melanggar kontrak dengan produksi SDAF Pictures Sdn Bhd iaitu tidak memberikan kerjasama semasa promosi filem itu dijalankan dan mengeluarkan kenyataan yang telah menjatuhkan filem itu.

Jom kita baca apa kata Aminah Raphor yang juga bekas Pengarah Nabil…

“Saya dan seorang lagi penerbit filem ini, Datuk Suhaimy Othman tetap akan menyaman Nabil kerana ramai yang enggan menonton LPSdM disebabkan kenyataannya semasa tayangan perdana filem itu.

“Saya mendapat tahu respons itu menerusi cakap-cakap orang di Internet. Itu pun sudah membuktikan yang penonton tidak mahu menontonnya,”

“Sejak insiden itu, Nabil tak pernah datang berjumpa dengan saya mahu pun memohon maaf. Tetapi dalam Galaksi di TV9 baru-baru ini, dia kata kalau nak saman, samanlah kerana tidak tahu nak buat apa,”

Wah, nampaknya kes Nabil ni menjadi semakin panas, selepas sorang-sorang artis nak kena saman tahun ni.. Macam la tiada jalan penyelesaian lain boleh dibuat, yang artis pulak nak cakap tu cover-cover la sikit, awal tahun ni sahaja dah dua orang artis bakal disaman gara-gara mulut!… Lu Pikir La Sendiri…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Takkan Tengok Jer, Comment La Sikit..

Comments

15 Responses to “Nabil tetap akan disaman juga”
  1. myzone92 says:

    nak wat mcmna dah nasib badan………sblum bercakap kita kna pikir!!!!supaya tak menyinggung mana2 pihak!

  2. Lilly says:

    sedap sgt kne kew owg,lau awk yg kne saman cam ane??lu pk la sendiri…..

  3. pakcik kau says:

    itu la..org tu baru je 1thn jagung..dah nak ajak buat benda2 besar yang boommzz.. lain kali nilai la dulu org tuh..yg produser tu pun nampak duit je kt mata dier.. dunia2… kalau x laku filem tu buang jela.. jgn nak laku je selalu..kene la rugi jgak… kalau tu pun x bleh trima mmg xkan maju la… satu lagi kalau saman nabil berjuta-juta pun,mana dier nak cari duit?? dunia seni sekarang yg seperti mainan budak-budak tadika la aku nengok..

  4. rex says:

    filem tu memang tak best pown…produser nak cover kerugian yg diorg tanggung dengan menyaman si pelakon yg terlepas cakap..diorg takkan menang punyer

  5. Bukan lagi “Lu pikirlah sendiri’ nie, ani “Lu tanggung lah sendiri”

  6. John Cena says:

    Nabil…Nabil…

  7. doro says:

    biase la.bila filem tk laku mula nk saman.klu filem tu laris.cakap ape pun tk pe? filem tu dibuat masa nabil bru keluar dari rajalawak ambil tagline die plak.die plak tk pandai biz.waktu berlakun filem tu.sport kereta bapa kene pren dgn bang bang bommm.tagget mmg untung la.igt la semua, klu bru jd artis popular dr rancangan reality.jgn main sapu je..
    masalah ke diri sendiri

  8. dnah says:

    lu pkirlh sendiri nabil…ingt bla dh popular ckadok boleh naik junjung? dh glamour tuuu ckp pun kena ingt undang2 okkkkkkk

  9. adda says:

    Kalau dah ada juta juta, bolehlah bersuara, kalau setakat ribu ribu tu lebih baik tutup mulut, buat lawak, lawak je lah………kalau filem tu bagus tetap bagus, kalau tak bagus pun nak tengok jugak apa yang tak bagus tu…sape yg untung. Kesian Nabil…

  10. Riana says:

    Nabil jadi mcm ni kerana dia sangka dia lah pelawak yg terbaik buat masa ni, saya rasa lawak nabil belum cukup bagus lagi….. dia kena banyak lagi belajar… nabil jadi mcm ni kerana sifat ego dia, dia kena ingat siapa dia sebelum ni…. hanya ofice BOY…JE… jgn lah nak belagak… Nabil Lu Fikir Lah Sendiri…

    • illa says:

      eh.. mcm kenal jer riana ni.. hehehe.. betul kata riana, saya lg suka jozan.. nabil punya lawak kdg2 x jd..

  11. flam says:

    saman saja si nabil tu

  12. illa says:

    org tua2 cakap, kerana mulut badan binasa.. tp tu org tua yg cakap, kalau org muda, kerana mulut, ko tunggu la saman.. hahahaha..