Nasha Aziz bakal berkahwin pada bulan Jun ini
Selepas Umie Aida kini tiba giliran sahabatnya pula Nasha Aziz yang ingin mendirikan rumah tangga pada bulan Jun akan datang.. Taniah kami ucapkan buat Nasha Aziz kerana Iman Tang yang juga teman lelakinya sudahpun melamar Nasha.. Menurut Nasha Aziz, jika tiada aral melintang mereka berdua akan berkahwin pada bulan Jun ini sekembalinya mereka berdua daripada menunaikan umrah.
Nasha Aziz dan Iman Tang akan bersama-sama menunaikan umrah pada 10 Mei ini selama dua minggu sebelum mereka berdua diijab kabulkan.. Bagus la jugak kan, sebelum nak memegang tanggungjawab yang besar tu kita bersihkan dulu apa yang patut… Setahu kami Iman Tang adalah saudara baru dalam Islam, dia sebelum ini dikenali sebagai Tang Wing Poh yang juga ahli perniagaan yang ada kena mengena dengan dunia hiburan jugak.. Dengarnya sekarang Iman Tang sedang sibuk menghadiri kursus kahwin.. MyGosip berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancangkan… Sama-sama kita tunggu bulan Jun ini bagi meraikan hari yang amat bermakna buat Nasha Aziz ni…

< prev postAmber Chia Berkahwin Secara Rahsia di Bali
akhir nya…yg d tggu2….telah tiba…selamat kak nasha…..
Hrp semoga hubungan mereka stlh b’gelar sebagai spsg suami ister akan b’kekalan hingga ke akhir hayat.. insyaAllah..
n semoga kak nasha dpt membimbing bakal suami beliau yg merupakan seorg mualaf.. amin.. =)
hm ada bc tak kes si redmummy nak amik gmbr dengan dia..?dtg meroyan dia..tah ape kena..tak de mud pon jgnlah buat peminat mcm tuh..
congtre lah..nti kawin nie,jgelah baek2..jgan gdow nk bercerai cam artis skg..
congrate!!!!
tahniah!!
alhamdulillah…
alhamdulillah…
tahniah!!
semoga berbhagia