gambar lawak cerita lawak

Sah Benjy anak Azean Irdawaty di tahan kerana dadah

Posted My Gosip: 15 March 2010 at 12:35 pm under gosip artis  

Sah Benjy anak Azean Irdawaty di tahan kerana dadahKini Sah la artis yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah adalah Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang jugak anak seniwati Azean Irdawaty… Benjy yang berumur 31 tahun ditahan bersama teman wanitanya di tempat letak kereta sebuah kondominium di Segambut yang disyaki mengedar dan memprosess dadah… Benjy juga disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Pihak polis juga menjumpai 800 gram kokain bernilai RM650,000 dan 0.24 gram syabu bernilai hampir RM2,000 tersembunyi dalam sebuah bilik di kondominium tersebut, Jika disabit bersalah, Benjy boleh dihukum Gantung sampai mati… (update) Benjy boleh dihukum denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali

UPDATE: dadah yang dijumpai di rumah benjy bukanlah kokain, tetapi hanya  0.24 gram syabu sahaja.

MyGosip tidak kisah pasal si Benjy ni, tetapi Kami agak kesian dengan Azean Irdawaty, beliau yang semakin pulih dengan penyakit kanser yang dihidapinya kini dikejutkan pula dengan berita yang pastinya amat menyedihkan buat seseorang ibu… Macam mana lah penerimaan isteri dan anak si Benjy ni pula kan… Apa-apa pun, jom kita baca luahan hati Azean Irdawaty mengenai kes ini…

“Kak Yan belum boleh tidur…hanya solat dan doa saja minta kekuatan daripada Tuhan menangani keadaan ini. Penyakit Kak Yan (kanser) tidak boleh stres, nanti berulang.

“Malam tadi (Jumaat) sewaktu terima berita Benjy ditahan kerana dadah, dunia Kak Yan berpusing macam taufan, kaki macam tidak pijak lantai dan jantung rasa macam meletup, tidak percaya, tak tahu apa nak fikir,”

“Seribu soalan menerpa di kepala…dadah? Kenapa? Macam mana? Sejak bila? Dari siapa? Di mana silap aku sebagai ibu yang sentiasa amat menyayanginya? Apa dan siapa yang mendorongnya dan sampai tahap mana?,” kata Azean Irdawaty.

Kes Benjy dan dadah ini masih lagi didalam siasatan Pihak Polis, MyGosip berharap kes ini dapat diselesaikan dengan baik.. Buat pembaca MyGosip.Com kami menyeru kepada anda semua untuk menjauhi diri daripada najis DADAH.. jika anda tidak kisah merosakan diri sendiri, cuba fikirkan pasal keluarga anda dan orang yang tersayang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Takkan Tengok Jer, Comment La Sikit..

Comments

27 Responses to “Sah Benjy anak Azean Irdawaty di tahan kerana dadah”
  1. bang bra says:

    “Kenal Diri Kenal Allah, Kenal Allah kenal Diri” Jika kedua nya menjadi SATU….maka gagal lah dunia ini untuk mempengaruhi”…..
    Sifat 20…….Asma 99….Kita hanya Satu….pada diri Zahir dan Batin Menjadi dua menyaksikan pada yang Satu…dimanakah satu itu untuk kita…?”

  2. gon says:

    pergh..xpuas ati gyle aku..kalo org yg ade nme ne msti slmat pnye..xkre la isap dadah ke ape ke..spatotnye benjy ne kne hukum mati je..disbbkn ada nme 2 yg xkne 2..cube kalo org biase..kne tgkap cket psal kes dadah msti kne lg trok..ne dy bole slamat ag..jz kne permulihan akhlak je..xgune pnye benjy..

  3. guess me who says:

    yang bersalah tetap bersalah….

  4. Tony says:

    tak tahu lah nak cakap macam mana.
    kalau betul lah, kesian sangat kat mak dia. baru je sembuh…
    tapi kalau dah jumpa peralatan buat dadah semua tu dalam kondo dia, takkan lah tak betul lagi. harap-harap benda ni cepat berakhir. aku bukan kesian kat benjy, aku kesian kat mak dia… :)

  5. tmot says:

    ella and gjol jng main dadah INSAF

  6. itsme says:

    a’kum…pasal yg smua orang dok kecoh pasal peralatan yg polis jumpa kat kondo benjy tu korang sure ker itu barang benjy yg punyer..tingkat 10 tu bukan nyer sebuah rumah..ianyer sbuah bilik kecik.bilik elektrik..smua org pun ada access utk kebilik kecik tu utk letak mcm2..apa pasal lar pihak polis tak nk buat statement mcm tu kat press ar..dah lar kacau mahkamah punyer kerja,tak menghormati mahkamah.and tak menyabar nak salahkan org.hhmm..entahlar.zaman skrg.asal ada kuasa sikit mcm tu lar perangai..

  7. umie says:

    apelah si Benjy ni .. nyusahkan mak die je .. tak kesian dgn mak yg sakit, isteri dan anak. berani buat berani tanggung.
    nilah masalahnya kalau berangan nak cepat kaya tapi malas kerja.

  8. mien says:

    tak tahu lah nak cakap macam mana.
    kalau betul lah, kesian sangat kat mak dia. baru je sembuh…
    tapi kalau dah jumpa peralatan buat dadah semua tu dalam kondo dia, takkan lah tak betul lagi. harap-harap benda ni cepat berakhir. aku bukan kesian kat benjy, aku kesian kat mak dia… :)

  9. rakyat malaysia says:

    salam semua,pada keluarga kak azean saya harap berdoa dan bersabar…bagi saya kes anak kak azean hanya dugaan ALLAH..kita jangan cepat menilai yg buruk pada benjy…kalau lah kerajaan nak bendung hal DADAH ni senang saja…buat je ujian kencing mengejut pada semua sektor kerajaan dahulu..ramai juga org2 yg berkerja dlm kerajaan beruniform dan tak beruniform pun ambil syabu..

  10. mamanina says:

    hehehe…seksyen pun x tau main bedal je.

  11. mat toyol says:

    semua artis xleh lari dari botol arak….naunzubillah….

  12. aina_zalina says:

    buat pengajaran buat benji…….

  13. Nur Fatin Afiqah says:

    harap2 benjy insaf selepas ini dan doakan yang baik2 sahaje

  14. illa says:

    harap2 cik azean kita bersabar la byk2 dgn dugaan ni..

  15. Nanie says:

    ermm..lumrah kehidupan..
    mungkin kiter tak boleh judge benjy
    sebelum di sabitkan bersalah..mungkin dia ada alasan yang tersendiri kenapa dia buat perkara tu..
    aper2 pun kiter doakan lah semoga semuanya berakhir dengan baik…

  16. winter says:

    itulah lumrah dunia..dah senang nak senang lagi..harus tahu baik burknya sblum ambil tu..yelah mungkin kita x tahu knp dia ambil.dgn keadaan mama dia yg sakit…tp itu bkn penyelesaiannya…dgn ujian ada pulak makwe..dimana isteri kamu ??anak2 kamu???ingatlah mereka dulu sblum buat..ni sampai kena tgkp dgn kekasih lg….hukuman klau dah bnyk mcm tu hanya hukuman matilah jawapannya..klau x disabit bolehlah ringan sikit…penjara seumur hidup ke..tabahlah benjy..ingat Allah S.W.T..krn dia bg peringatan itu supy beringat….kesian ibu yg mengandungkanmu…wallahualam!!

    • me says:

      a’kum..disini saya cuma nk ambik peluang cakap sikit jer..kepada org2 yg tak tau apa citer sebenar..yg sibuk nk mengata benjy itu ini…sedar sikit yg korang nie dah bagus sgt ker..baik sgt ker..jangan nk nilai org senang2 mcm tu jer..kalau dah agak2 tak tau citer..dok diAM..okey…

      • she says:

        salam, sikit gak nk ckp ni… ekau tahu ke benjy tu tk bersalah? ada bukti? ntah² sedara dia ni.. ekau tkada bukti dia tk bersalah pun diam je la.. tkde yg perfect kt dunia ni, tp terimala kenyataan beb..ni la org melayu , aku tau ekau pn melayu… org tegur utk kebaikan pn dah melenting satu badan..renung² kan..

  17. SALIM says:

    BAGI ANDA YG SEDANG TERLIBAT MENGEDAR DADAH SECARA KECIL KECILAN LEBIH BAIK BERHENTI SEKARANG JUGA, DAPAT DUIT MEMANG SEDAP TETAPI KALAU DAH KENA TANGKAP DGN PIHAK BERKUASA MENANGIS AIR MATA DARAH PUN TIADA GUNANYA. YG SUSAH IBU DAN BAPA, DAH LAH MEMBESARKAN KAMU, IBU DAN BAPA SANGUP BERKORBAN APA SAJA, BILA DAH BESAR KAMU MENCONTENG ARANG KEMUKA IBU DAN BAPA. BERTAPA KECEWANYA IBU DAN BAPA CUMA MEREKA TAK TUNJUK DIDEPAN ORANG RAMAI. OLEH ITU PENGEDAR KECIL KECILAN BERHENTI SEKARANG JUGA… FAHAM….

  18. Rudy says:

    KITA PUN TAK TAHU ADA KEMUNGKINAN BENJY MENGAMBIL JALAN PINTAS ITU UNTUK MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH MAMA DIA YG SEDANG SAKIT DAN MEMERLUKAN KEWANGAN YG BANYAK, PRODUK YG SENANG DIJUAL KOKAIN & SYABU KERANA PERMINTAAN TAK PERNAH PUTUS DARI PENGGUNANYA.

  19. Faiz says:

    Selimut Putih

    Bila Izrail datang memanggil
    Jasad terbujur dipembaringan
    Seluruh tubuh akan menggigil
    Sekujur badan ‘kan kedinginan

    Tak ada lagi guna harta
    Kawan karib sanak saudara
    Jikalau ada amal di dunia
    Itulah hanya pembela hidup

    Janganlah mahu disanjung-sanjung
    Engkau digelar manusia agung
    Sedarlah diri tahu diuntung
    Sebelum masa keranda diusung

    Datang masanya insaflah diri
    Selimut putih pembalut badan
    Tinggal semua yang dikasihi
    Berbaktilah hidup sepanjang zaman

    Bila Izrail datang memanggil
    Jasad terbujur dipembaringan
    Seluruh tubuh akan menggigil
    Sekujur badan ‘kan kedinginan

  20. missy says:

    kesian kat emak diakan..dia tak macam citer yg dia belakon..alah citer “mama”.dalam tu dia baek sgt.tak sangka btul.dalam realiti,dia jdi “pusher”…sabar lah “mama”..

  21. missy says:

    kesian kat emak diakan..dia tak macam citer yg dia belakon..alah citer “mama”.dalam tu dia baek sgt.tak sangka btul.dalam realiti,dia jdi “pusher”…sabar lah “msms”..

  22. Sam says:

    Jika diandaikan dia didapati bersalah di bawah seksyen 30B – dia tahu masa ajalnya akan tiba maka dia boleh bersiap sedia menemui Penciptanya.

    Bagimana dengan kita ini? sudah bersediakah kita bila Izrael datang mengutip nyawa kita?

  23. Riana says:

    Hanya dapat hidup diluar gerajak besi 31 tahun sahaja, hanya menunggu mati atau penjara seumur hidup. Banyak lagi produk yg boleh dijual, tetapi nak buat mcm mana dia amik jalan pintas untuk hidup mewah…. JADI ANDA YG BERADA DILUAR CARI LAH BISNES YG BETUL2 JANGAN TERSALAH PILIH, JANGAN BILA KITA SALAH PILIH KITA AKAN MENYALAHKAN ORANG LAIN..