Umie Aida akan bernikah di Masjidil Haram pada 14 Mac ini
Posted My Gosip: 9 March 2010 at 12:39 pm under perkahwinan artis
Taniah buat Umie Aida yang bakal melangsungkan majlis pernikahanya pada 14 march 2010 dengan Datuk Paduka Khairuddin atau nama manjanya Datuk K. Jika ada peminat Umie Aida yang teringin nak hadiri majlis pernikahan Umie Aida nanti korang boleh lah lupakan sahaja niat murni korang tu kerana majlis pernikahan Umie Aida bakal diadakan di Tanah Suci Mekah dan bukanya di Malaysia… Menurut Umie Aida, majlis pernikahan yang sederhana itu akan dilangsungkan di Masjidil Haram yang akan dihadiri seramai 20 orang termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.
“Segala apa yang saya rancangkan berjalan dengan lancar, Insya-Allah kami akan melangsungkan perkahwinan di Mekah pada 14 Mac ini iaitu mengambil sempena hari lahir kakak saya, Erma Fatimah”.
“Insya-Allah, akad nikah akan dibuat di Masjidil Haram selepas subuh,”
“Saya akan berangkat bersama keluarga dan rakan terdekat pada 11 Mac dan apabila semuanya selesai kami akan pulang pada 18 Mac”.
Majlis persandingan ataupun majlis resepsi di Malaysia pula bakal dilangsungkan pada 28 mac 2010 di One World Hotel, jadi buat peminat Umie Aida, sama-sama lah kita serbu One World Hotel pada 28 mac ni nanti..
Apa-apa pun MyGosip berharap semua perancangan Umie Aida dan Datuk K berjalan dengan sempurna, Taniah sekali lagi buat Umie Aida dan Datuk K kerana bakal bergelar suami dan isteri yang sah pada 14 mac ini…

5 Responses to “Umie Aida akan bernikah di Masjidil Haram pada 14 Mac ini”
bile umi nikah at sane..mudah2an kekal hga akhir hayat…amin…taniah umi…
best nyer………moge allah mnurunkan rahmat n berkat untokmu.
so gud luck n alwayz pray for the happinessssssss
salam…
hati2 bila kat sana nanti k.umie.. niat kena baik.. saya harp sumenya berjln dgn lancar.. amin..
bile umi nikah at sane..mudah2an kekal hga akhir hayat…amin…taniah umi…
salam…berhati-hati apabila berdoa di sana nanti……mudah-mudahan perkawinan umi kekal bahagia hingga ke ana cucu..amin..