Dira Abu Zahar dan Ash bakal bercerai

  • >>
  •   |   Posted: 8 April 2010 at 7:38 pm  

    Dira Abu Zahar yang tercalon bagi Artis Baru Wanita popular di ABPBH2009 baru-baru ini dengarnya akan diceraikan oleh suaminya yang juga pemain keyboard bagi kumpulan Bau, Ash. Ash sudahpun mengemukakan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah dan kini hanya menanti keputusan daripada mahkamah sahaja. Jom kita baca apa kata Ash…

    “Kalau perceraian kami disahkan oleh mahkamah, bererti ia mencatat sejarah dalam keluarga saya. Memang dalam keluarga saya, belum ada yang bercerai berai. Tapi ini semua sudah ketentuan Tuhan.

    “Memang saya hendak selamatkan rumah tangga kami. Saya masih sayangkan Dira. Tapi kalau sudah tiada jodoh antara kami, saya tidak pun tidak mampu melawannya”

    “Saya tak nak kata masalah kami berpunca sebab dia berubah kerana dunia glamor ataupun orang ketiga. Saya sendiri tidak tahu apa punca dia berubah. Yang saya tahu, dia memang sangat kuat bekerja. Pergaulannya mungkin membuatkan dia berubah tanpa disedari,”

    Dira yang sebelum ini menafikan yang rumah tangga dia bergolak akhirnya mengaku juga dan menurut Dira, dia berselindung sebelum ini kerana Dira tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.. Jom kita baca apa kata Dira mengenai penceraian ni…

    “Saya kecewa dengan perkahwinan ini. Ia tak jadi seperti yang saya impikan. Saya melalui keadaan begini mungkin kerana terlalu berharap. Jadi saya putuskan untuk tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

    “Saya hanya mampu melakukan yang terbaik. Jika saya tidak dapat mempertahankan rumah tangga ini saya reda. Sebab saya tak nak kecewa sepanjang masa. Apa yang lebih penting ialah masa depan anak kami. Soal kebajikan anak, saya tidak ada masalah untuk berkongsi dengan bekas suami”

    Perkahwinan Dira dan Ash hanya bertahan selama 3 tahun sahaja, dan mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tengku Anggun Deandra..

    MyGosip berharap masih ada ruang lagi untuk mereka bersama kembali.. Jangan terlalu mengikut nafsu, mungkin mereka tidak rasa tapi anak mereka nanti yang akan rasa.. Fikir-fikirkan laa…

    dira dan ash bercerai

    Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat

    PERHATIAN!: Anda digalakkan untuk memberi komen, pendapat dan nasihat, tetapi anda tidak dibenarkan sama sekali mencarut atau menyebut perkataan lucah dibahagian komen.. Pihak MyGosip tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang diberikan. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. budi bahasa budaya kita, komen lah secara berhemah

    16 Responses to “Dira Abu Zahar dan Ash bakal bercerai”
    1. syamiey says:

      sokmo cerai artis ni..

    2. dirabong says:

      terserempak dira ngan craig fong..rasanye diorang couple la..semoga bahagia..

    3. redzuan says:

      Criteria to be an artis

      1…
      2…Bercerai
      3….Jadi janda/ duda
      4…..
      5….
      blalalalalallaa

    4. koala84 says:

      dah agak dah..

      sbb penah jumpe dira ni ngan pelakon craig fong kat IKEA. malam plak tu.. quite mesra..
      tp x suspek ape2 plak..

    5. intan says:

      sweet couple.. sayang nyer dah nak bercerai.. sian kat anak

    6. hasnah says:

      dari mula lagi aku memang tak minat langsung dengan dia ni..dalam sehati berdansa nampak macam eksyen dan perasan aje..

    7. mawar says:

      artis camtu lar bila dah glemer ckit mesti lupa suami n anak anak…glemer x der sgt pun seksi jer lebih menyampah

    8. hendrikus says:

      cerai lagi cerai lg… gmna seh artis2 kta ne gak pernah rukun rumah tangganya? kmren tu kridayanti eh malah mau ada lg.. cpe dech.

    9. tak tahu says:

      yang x knal ash and dira baik jgn ckp pape.

      terima kaseh

    10. milo ais says:

      pk btl2 dl

    11. penadol says:

      betol la seblom nie andaian korg,setiap musim sehati berdansa ade je penceraian kan…isk3

      nia lah satu punce ank terbiar nnti..mak kemana ayah kemana…sian ank2 yg kurang kasih syg wlupn mk bapa bagi kemewahan.

    12. norizan says:

      tak sefahaman pun bercerai??? apa-apa yang berkaitan sikap..boleh dibaiki. Kalau ada org ketiga!! Tak tahu dah nak ckp apa. What everlah artis- artis oi. Setuju dgn umie..

      • ram says:

        Senarai pasangan yang bercerai yang pernah sertai Sehati Berdansa semakin bertambah..Siapa lagi lepas nie?

    13. umie says:

      dah tak heran dah .. kalau artis kahwin, cerai, ditangkap khalwat, terlibat dgn dadah/syabu, pukul/ugut isteri, saman-menyaman ni … what else is new!