Filem Semerah Cinta Stilleto

  • ››
  •   |   Posted: 9 April 2010 at 6:08 pm  

    semerah cinta stilletoSinopsis Semerah Cinta Stilleto:- Semerah Cinta Stilleto menisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahir dan dibersarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan kedua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian terkemuka di ibu kota. Leto atau Leman (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalamkeadaan yang sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di rumah flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.

    Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz pergi ke pasar membeli ikan untuk di masak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku dimana pergaduhan besar antara penjual ikan di pasar telah berlaku sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan di pasar itu. Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu, Leto dibuang kerja. Di dalam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish). Yani yang sebelum ini setiap hari menggangu Stila dan peluang ini digunakan Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya.

    Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual. Kebetulan pula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stilleto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila rasa bersalah dan berusaha mencari sepasang lagi stilleto dan pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilleto telah membawa Stila pada pertemuan yang tidak dsangka apabila melihat ibunya mesra bersama lelaki lain tanpa malu dan ditambah dengan sikap bapanya Datuk Azhar yang tidak peduli akan tingkah laku isterinya mengundang kecewa dan sedih dihati Stila dan memaksa untuk tidak tinggal di rumah dan mengikut Leto pulang.

    Di rumah Leto , Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan ibu bapa Leto. Dapatkah Stila mendapatkan semula Stiletonya? Apakah reaksi Stila terhadap tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya akan terjawab dalam filem Semerah Cinta Stilleto terbitanke-37 MIG P roduction arahan Ahmad Idham.

    Tajuk Filem:
    Semerah Cinta Stilleto

    Pengarah:
    Ahmad Idham

    Penerbit:
    Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

    Pelakon Semerah Cinta Stilleto:
    Farid Kamil
    Lisa Surihani
    Cat Farish
    Shaharuddin Thamby
    Nanu
    Dato’ Jamali Shadat
    Maimon Mutalib
    Zed Zaidi

    Semerah Cinta Stilleto Trailer:

    Filem Semerah Cinta Stilleto, 7.5 out of 10 based on 4 ratings Sila Vote Filem Semerah Cinta Stilleto
    Sila vote jika anda sudah menonton filem ini, vote anda begitu bermakna, jadi vote la dengan bijaksana.
    GD Star Rating
    loading...

    Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat

    PERHATIAN!: Anda digalakkan untuk memberi komen, pendapat dan nasihat, tetapi anda tidak dibenarkan sama sekali mencarut atau menyebut perkataan lucah dibahagian komen.. Pihak MyGosip tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang diberikan. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. budi bahasa budaya kita, komen lah secara berhemah

    3 Responses to “Filem Semerah Cinta Stilleto”
    1. aina says:

      terbaekkk :)

    2. KaKaRoTi says:

      macam best je cerita nie..xsabar nak g tengok..farid and lisa..my favorite tue…hehehe

    3. sausau says:

      nice video…i like..