Filem Senario Asam Garam

  • ››
  •   |   Posted: 27 September 2010 at 3:53 am  

    senario asam garamSinopsis Senario Asam Garam:- Bermula dengan kejadian Asam dan pembantunya Garam cuba mensabotaj warung Cik Hawa / pejabat Pak Adam. tetapi usaha mereka gagal kerana kebodohan sendiri. Asam dan Garam memang sakit hati dengan Pak Adam kerana Pak Adam adalah seorang kontraktor yang jujur dan disukai oleh Cik Hawa. Pak Adam, Asam dan Garam tinggal di sebuah kampung dan menjalankan perniagaan pembinaan. Di kampung itu juga tinggal seorang janda bernama Cik Hawa yang berniaga warung kopi bersama anaknya Amin (10 tahun). Pergaduhan mereka lebih hebat apabila pihak sekolah kampung mereka mengumumkan tender baru dan meminta semua kontraktor menghantar proposal. Pelbagai usaha dilakukan Asam dan garam bagi menggagalkan proposal Pak Adam.

    Pak Adam adalah seorang yang jujur dan sering mendapat projek kerana kualiti kerja yang bagus. Asam dan Garam juga cuba merasuah pihak sekolah agar mengambil syarikat mereka. Jalan terakhir yang dilakukan Asam dan Garam adalah dengan mnculik Cik Hawa dan mengugut Pak Adam memberikan tender tersebut kepada mereka. Asam dan Garam menculik Hawa sebenarnya kerana Hawa menolak pinangan Asam dan mendapat tahu Hawa akan bertunang dengan Pak Adam. Pak Adam mendapat tahu hal tersebut berusahah sedaya upaya menyelamatkan Cik Hawa yang akhirnya terselamat kerana kebodohan Asam dan Garam sendiri serta bantuan Amin dengan gadjetnya. Asam dan Garam akhirnya ditangkap pihak polis kerana selalu menipu dalam projek yang dilakukan syarika mereka dan terlibat dalam rasuah. pak Adam dan Cik Hawa akhirnya selamat ditunangkan.

    Tajuk Filem:
    Senario Asam Garam

    Pengarah:
    Hatta Azad Khan

    Penerbit:
    David Teo

    Dipawagam:
    9 September 2010

    Pelakon Senario Asam Garam:
    Mazlan Pet Pet
    Zaibo
    Julia Hana
    Azlee Senario
    Fimie Don
    Nadia Mustafar
    Syanie
    Angeline Tan

    Trailer Senario Asam Garam:

    Filem Senario Asam Garam, 6.0 out of 10 based on 3 ratings Sila Vote Filem Senario Asam Garam
    Sila vote jika anda sudah menonton filem ini, vote anda begitu bermakna, jadi vote la dengan bijaksana.
    GD Star Rating
    loading...

    Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat