about us
MYGOSIP.COM adalah portal bagi dunia hiburan Malaysia yang dikendalikan oleh beberapa orang anak muda yang cuba mengasah bakat mereka di dalam bidang penulisan dan bidang pembangunan portal, terutama sekali didalam dunia hiburan di Malaysia.. Tujuan MyGosip di tubuhkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memeriahkan lagi industri hiburan di tanah air kita..

Di awal kewujudan mygosip, sekitar bulan April 2009, kami mengunakan domain name ‘mygosip.blogspot.com’ dan seiring dengan sambutan pembaca, kami telah menukar domain name ke ‘mygosip.com’ pada 8 May 2009.. Sehingga ke hari ini kami masih lagi mengunakan Mygosip sebagai nama rasmi kami dan 8 may 2009 adalah hari ulang tahun kami.

 

MISSION
Mygosip akan terus menyajikan berita-berita mengenai hiburan di malaysia dengan cepat, padat dan tepat dari masa ke semasa.. Walaupun domain name kami My Gosip, kami tidak tertumpu kepada gossip semata-mata.. Kami akan cuba menyajikan kesemua skop didalam dunia hiburan di Malaysia..

AWARDS
Mygosip.com beberapa kali dicalonkan didalam kategori Blog Hiburan di beberapa pertandingan yang diadakan di Malaysia.. Tetapi malangnya kami tidak pernah memenangi apa-apa awards buat masa ini.. Walau bagaimanapun Mygosip sentiasa berada didalam Top5.

 

OUR TIMELINE
14 feb 2010 – kami telah menaik taraf sistem blog platform kami daripada Blogspot kepada wordpress, perubahan ini terpaksa kami lakukan kerana sistem blog blogspot bakal diubah sistemnya yang boleh membawa kepada ketidak stabilan blog kami. penaikan taraf tersebut mengambil masa beberapa hari dan mygosip.com tidak dapat diaccess beberapa hari tersebut.

5 dec 2011 – hampir kesemua database untuk gambar kami telah terdelete.. Kami terpaksa membuat backup satu persatu post untuk mengembalikan setiap gambar untuk setiap post.. ini mengambil masa berbulan-bulan lamanya…

6 dec 2011 – kami telah menukar MyGosip.com dari blog hiburan kepada comunity gosip dengan mengunakan theme baru… Setiap pengunjung boleh membuat post sendiri dengan mudah..

1 march 2012 – Gara-gara spammer telah menyerang Mygosip dan kurangnya sambutan ke atas comunity Mygosip.. kami telah kembali menjadi blog hiburan..

5 April 2012 – kami telah mengunakan cdn dari amazon cloudfront.. pengunaan cdn ini bakal memudahkan dan melajukan loading portal kami buat penguna luar daripada malaysia terutamanya.

8 Jullai 2012 – Kami sudah mula mengunakan sistem gallery untuk post yang mempunyai banyak gambar.. ini akan memudahkan pembaca yang mempunyai masaalah kelajuan internet dan juga mobile user.

12 Jan 2013 – Setelah sekian lama bercadang untuk mengresponsivekan theme kami.. akhirnya siap juga, kini theme kami responsive kepada mobile, tablet dan dekstop yang mempunyai screen width melebihi 700 pixel keatas..