Aishah Naib Juara Gadis Melayu murtad?

Posted: 1 August 2009 at 1:10 pm  

Aishah Naib Juara Gadis Melayu murtadNUR Aishah Zainal adalah gadis biasa yang anda temui di jalanan dua atau tiga tahun lalu. Dia tidak bertudung dan pernah dipersendakan sebagai ‘Melayu murtad’ oleh kawan-kawan rapatnya kerana kefasihannya bertutur dalam bahasa Mandarin.

Selepas menyertai program realiti hiburan ‘Gadis Melayu’ musim pertama pada tahun lalu, Aishah tampil hari ini seorang ikon gadis Melayu. Lebih membanggakan, dia ialah naib juara Gadis Melayu musim pertama.

Menurut Aishah, dia menerima ‘hidayah’ daripada Yang Esa sewaktu mengikuti sesi keagamaan oleh Datuk Ustazah Nurbaiyah dalam program realiti tersebut.

“Dia bagi ‘lecture’ pada minggu kelima.. tiba-tiba, saya berasa terpanggil untuk memakai tudung. Ibu, kakak dan adik perempuan saya memang bertudung kecuali saya pada masa itu.

“Ibu saya memberikan kelonggaran kepada saya. Dia kata, “you can decide when you are ready”,” kata Aishah ketika menjadi pengacara bersama sesi pengenalan 12 peserta Gadis Melayu musim kedua di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.

Malah kata Aishah, kawan-kawannya pun terkejut dengan penampilan barunya yang bertudung. “Ada yang kata, saya kelihatan lebih jelita tanpa bertudung.

Aishah Naib Juara Gadis Melayu murtad“Saya kini lebih selesa bertudung. Jika jiwa tak kuat, saya memang akan terdorong untuk tidak memakai tudung,” ujarnya yang fasih berbahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Gadis Melayu yang cantik ini berkata, dia menguasai bahasa Mandarin kerana pernah belajar di Pei Fong Primary and High School, Melaka atas permintaannya sendiri.

“Entahlah.. saya suka mendengar sebutan bahasa Mandarin sewaktu kecil. Di sekolah, rakan-rakan sekolah Cina memanggil saya ‘Melayu murtad’,” katanya sambil tergelak.

Lebih melucukan, kata Aishah, dia memperolehi 6A dan 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Ibu mengingatkan Aishah jangan melupakan bahasa ibunda sendiri iaitu Bahasa Melayu,” kata Aishah yang berharap dapat menjadi pembaca berita Mandarin di kaca televisyen.

Sejak menjuarai ‘Gadis Melayu’, Aishah beransur-ansur menerima tawaran berlakon malah lamaran!

Aishah berkata, dia terpaksa melepaskan satu peluang berlakon dalam drama kerana sibuk dengan kerjanya sebagai pembantu khas kepada Setiausaha Politik, Kementerian Pelajaran.
foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT
source:mstar Oleh AU YEONG HOW

oh!!! ingatkan betul-betul murtad, rupanya gelaran je masa sekolah dulu
gara-gara boleh cakap mandarin.. OK la tu, btw, teruskan usaha Aishah untuk
terus memakai tudung, memang comel.

  • Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat

    PERHATIAN!: Anda digalakkan untuk memberi komen, pendapat dan nasihat, tetapi anda tidak dibenarkan sama sekali mencarut atau menyebut perkataan lucah dibahagian komen.. Pihak MyGosip tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang diberikan. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. budi bahasa budaya kita, komen lah secara berhemah

    14 Responses to “Aishah Naib Juara Gadis Melayu murtad?”
    1. kebab says:

      boleh ckp mcm ni…?? mcm sial jep b*tina nie…… dia ingat soal menutup aurat tu main2 kerr….“Saya kini lebih selesa bertudung. Jika jiwa tak kuat, saya memang akan terdorong untuk tidak memakai tudung,” ujarnya yang fasih berbahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

    2. OneOke says:

      hurmm..spa la kwn dya y ckp tue..dah ok pakai tudung nak buka la pla..mdh2n ally berjaya tegak’n pdirian aishah dlm melakukan sesuatu..hehehe..~

    3. azizi says:

      teruskanlah bertudung, but jangan lah luper dengan perkara-perkara lain yang dituntut oleh agama…..SOLAT misalnyer..:))

    4. hamiey says:

      hbs 2 knp skrg bk tdg blk???ciannyer ally…

    5. kieya says:

      aku ingat betul2 murtad rupenye.hahaha.bagus la.mcam ni la yg kite nak as icon.hidup aisyah!

    6. cute08 says:

      salam,,jika ada jodoh dgn ally,,mudah2an ally dpt pimpin aisyah agr kembali bertudung..coz dah nmpak x istomah..tetapkan btul2 dlm hati itu bhw anda brtudung krn itu hukum Allah.bkn btudung krana nak ikut trend ja..kejap pakai,kejap buang..budak sek pun tau beza antara hukum dan adat.

    7. ati-ati says:

      senyum bila digelar melayu murtad????ada org kata, tak bertudung lg cantik,itu pasal le ni x bertudung.

    8. selipar jepun says:

      jgan sebab nak popular…
      tudung jadi trend….
      apepun bertudung lagi cantik….
      semoga cepat2 naik pelamin

    9. nana says:

      “Saya kini lebih selesa bertudung. Jika jiwa tak kuat, saya memang akan terdorong untuk tidak memakai tudung,”
      maknanye xkuat r ea..sebab skank dah xpakai tudung pon :P

    10. tuliplady says:

      aisyah ni ke yg digosipkn nk tng ngn ally dlm metro arini?mmg ssuai…hehe=D

    11. ashrie26 says:

      sebenarnya jangan kita sesekali mengeluarkan perkataan murtad… kerana murtad itu bermaksud keluar dr agama islam…kecuali org itu benar2 sah keluar islam…

    12. ashrie26 says:

      sebenarnya jangan kita seselaki mengeluarkan perkataan murtad… kerana murtad itu bermaksud keluar dr agama islam…kecuali org itu benar2 sah keluar islam…