Bukan Dira yang pijak muka orang di kelab malam

Posted: 3 April 2012 at 11:15 am  

Bukan Dira yang pijak muka orang di kelab malam
Semalam telah kecoh apabila keluarnya gosip disebuah akhbar mengenai seorang pengacara perempuan telah memijak muka seorang pengunjung disebuah kelab malam.. menurut sumber gosip, seorang pengacara perempuan rancangan gossip popular telah dilanggar dengan tidak sengaja ketika pengacara tersebut tengah asyik melayan persembahan live band di kelab malam tersebut.. Mangsa telah meminta maaf kepada pengacara tu, tetapi pengacara tu telah mengadu kepada kawan lelaki dia..

Kawan lelaki pengacara tu tetiba naik angin dan terus memukul mangsa sehingga terjatuh.. dan ketika mangsa terjatuh pengacara perempuan yang berusia 28 tahun itu telah memijak-mijak muka mangsa dengan kasut tumit tingginya..

Perghh memang kejam pengacara perempuan ni.. kalau manusia pijak kucing pun dah dikatakan amat kejam.. inikan pula memijak orang.. huh!

Akibat tersebarnya gosip ni.. pengacara Melodi Dira Abu Zahar telah terkena tempiasnya.. Ramai beranggapan pengacara yang dimaksudkan adalah Dira Abu Zahar.. Pihak media yang cuba mendapatkan kepastian daripada Dira nyata mengejutkan Dira dengan gosip itu dan menafikan sekeras-kerasnya yang dia terlibat dengan pergaduhan tu..

“Saya begitu terkejut dengan berita disampaikan kepada saya. Lebih-lebih lagi, saya sendiri belum membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit. Ingin saya tegaskan di sini individu yang dimaksudkan bukan saya dan saya menafikan terlibat dengan sebarang pergaduhan,” (MH Online)

Kalau bukan Dira Abu Zahar, Siapakah pengacara yang dimaksudkan dalam gosip ni? Ahah! tak perlu la anda menyiasat siapakah pengacara yang dimaksudkan, biar la pihak polis yang menyiasat.. dengarnya mangsa sudahpun membuat laporan polis..

pengacara pijak

  • Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat

    PERHATIAN!: Anda digalakkan untuk memberi komen, pendapat dan nasihat, tetapi anda tidak dibenarkan sama sekali mencarut atau menyebut perkataan lucah dibahagian komen.. Pihak MyGosip tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang diberikan. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. budi bahasa budaya kita, komen lah secara berhemah

    3 Responses to “Bukan Dira yang pijak muka orang di kelab malam”
    1. Suri Seri says:

      Pengacara, penyanyi, pelakun yang buruk perangai patut di ban daripada media. Mereka ini tak patut disanjung dan diminati. Apatah lagi dijadikan idola…betul2 songsang.

    2. Zari says:

      Bodoh Pegi club buat dosa baik g masjid