Din Beramboi jatuh sakit dan ditahan diwad

Posted: 30 March 2010 at 6:06 pm  

Din Beramboi sakit kritikalSelama ini kita selalu dihiburkan dengan lawak Din Beramboi tetapi hari ini kita dikejutkan dengan keadaan kesihatan Din Beramboi yang dikatakan didalam keadaan kritikal… Punca Din Beramboi ditahan di wad hospital Selayang masih lagi menjadi tanda tanya.. Tapi ada desas-desus yang mengatakan Din Beramboi diserang sakit buah pinggang dan hati, dan kini Din Beramboi berada didalam keadaan koma.

UPDATE:  Din Beramboi dikatakan terkena virus rats pee (kencing tikus) semasa pengambaran di zoo baru-baru ini.. terdapat beberapa organ dalaman Din Beramboi tidak berfungsi dengan baik dan kini berada didalam keadaan koma, Din Beramboi memerlukan darah jenis ‘o’  yang agak mudah didapati. jadi sesiapa yang ada darah jenis ‘o’ boleh lah membantu Din Beramboi dengan menderma darah di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur…

UPDATE: Din Beramboi menunjukan tanda positif untuk kembali sihat.. antara tanda-tandanya ialah Din Beramboi tidak mengunakan bantuan alat pernafasan lagi, dia sudah boleh bernafas dengan sendirinya..

UPDATE: Anak perempuan Din Beramboi menegaskan bapanya dijangkiti virus denggi berdarah dan masih lagi tidak sedarkan diri. Awal malam tadi, keadaan Din Beramboi dikatakan agak kritikal sehingga terpaksa memanggil keluarga Din Beramboi ke Hospital dengan segera. Beliau juga memohon kepada sesiapa sahaja yang mengenali bapanya agar mendoakan Din Beramboi supaya sihat seperti dahulu..

UPDATE: Din Beramboi akhirnya disahkan meninggal dunia pada 2.04.2009 dalam pukul 12.30 pagi.. sila baca disini –> Din Beramboi Meninggal Dunia

Sebelum Din Beramboi dimasukan ke wad, dia ada mengadu kepada rakan sekerja yang dia sakit-sakit badan dan diikuti dengan demam dan tidak boleh tidur hampir tiga malam… Apabila Din Beramboi dimasukan ke Wad, doktor terpaksa menidurkan Din Beramboi dan tidak membenarkan sesiapun melawatnya.. kini Din Beramboi dikawal rapi oleh doktor di hospital..

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Din Beramboi kembali sihat dan ceria seperti sebelum ni.. Kami rindukan lawak selamba dari Din Beramboi.. MyGosip harap Din Beramboi akan sihat seperti dulu.

  • Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat

    PERHATIAN!: Anda digalakkan untuk memberi komen, pendapat dan nasihat, tetapi anda tidak dibenarkan sama sekali mencarut atau menyebut perkataan lucah dibahagian komen.. Pihak MyGosip tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang diberikan. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. budi bahasa budaya kita, komen lah secara berhemah

    20 Responses to “Din Beramboi jatuh sakit dan ditahan diwad”
    1. sasa says:

      Ya ALLAH!!!! aku tak percaya!! AL- fatihah… ToT

    2. ikin says:

      semoga pak din cepat sembut. kita semua rakyat malaysia sayangkan pak din

    3. hasmah says:

      saya doakan abg din cepat2 sembuh dan pulih seperti sediakala..amin..pada famili abg din agar terus tabah menghadapi dugaan ini..

    4. CHE AMINAH says:

      SAYA BERDOA AGAR ABANG DIN BERAMBOI SEMBUH DAM SIHAT SEPERTI SEDIAKALA. SAYA SANGAT MINATKAN ABANG DIN.SEMUGA ALLAH MEMPERKENANKAN DOA HAMBAMU INI. AMIN.

    5. SALIM says:

      TERKINI (dikemaskini pada 31 Mac, jam 11:13 pagi)
      Ini maklumat terkini yang telah di ‘post’-kan di Facebook Aznil & Din Beramboi kira-kira setengah jam lalu.

      “Din Beramboi menunjukkan tanda-tanda positif dan semakin stabil. Teruskan memberikan kata-kata semangat kepada beliau. Terima kasih kpd anda yang menderma darah. Anda tidak perlu menderma kepada Din lagi kerana bekalan darah utk beliau masih cukup. TETAPI anda masih boleh menderma darah di bank darah berhampiran anda. Kami pohon anda panjangkan doa agar Din Beramboi cepat sembuh seperti sediakala.”

    6. SALIM says:

      SAYA CADANGKAN ANAK2 DIDIK ABD DIN BERAMBOI RL4, BERKUMPUL DAN BERBINCANG DGN AFDLIN DAN BOB LOKMAN. APAKAH BENTUK SEDEKAH JARIAH YG BOLEH ANDA BANTU ABG DIN.”MASA SUKA KITA BERSAMA, JGN MASA SAKIT/SUSAH KITA BIAR DIA BERSENDIRIAN” FIKIR2 KAN LAH.

    7. Faiz says:

      BAGI SESIAPA YG BERADA DISEKITAR KL DAN SELANGOR GI LAH DERMA DARAH ANDA DEMI MEMBANTU ABG DIN BERAMBOI SEMUGA ABG DIN SEHAT SEPERTI SEDIA KALA. “YA ALLAH YA TUHAN KAMI, DGN BERKAT DOA KAMI SEMUA, SEMBUHKAN LAH PAEYAKIT ABG DIN” ‘AMIN’

    8. mygosip says:

      harap maaf kepada pembaca sebelum ini kerana ada beberapa kekeliruan info yang kami berikan.. antaranya darah jenis 0 memang mudah didapati dan untuk menderma darah bukanlah di hospital selayang, tetapi di pusat darah negara.. harap maklum….

    9. azza says:

      Semoga abg cepat sembuh seperti sediakala, insyaallah org yang sentiasa membuat orang lain genbira akan dipanjangkan usianya..

    10. damia says:

      semoga Allah s.w.t sembuhkan penyakitnya dan panjangkan umurnya….

    11. dreamer says:

      semoga abg din cepat sembuh..amin.

    12. tokan says:

      ramai org mesia sebenarnya berdarah o+..darah jenis ni boleh derma ke darah2 lain yg jenis positif gak..tp o hanya boleh terima darah jenis o sahaja..harap maklum

    13. diazz anirsa says:

      semoga abg din beramboi cepat sembuh dan dapat kembali menghiburkan kite semua, saya berdarah ‘o’ tapi tak dpt nak mendermakan darah atas nasihat doktor..

    14. tapir says:

      darah o memang senang nak dapat, tapi tak selalunya ada.. sbb golongan darah lain boleh menerima darah o, tapi orang yg darah o tak boleh guna darah lain selain darah o.. jadi darah o memang selalu cepat habis.. bukanya susah nk dpt.. apa-apapun aku harap pak din cepat sembuh.. amin.

    15. shalulu says:

      hope pakcik din cpt chat.kpd ain,darah o mmg ssh nk dpt la……

    16. Sharifah says:

      Salam.. sy rasa amat terharu & sedih apabila mendpt berita yg sggh memeranjatkan ini..Sy teringin sgt nak melawat Abg Din Beramboi di hospital. Kami sekeluarga mendoakan agar Abg Din Beramboi kembali pulih seperti sediakala..dgn izin Allah swt.. Amin.

    17. Ainnz Abiggaill says:

      Darah O senang “mmberi” tapi agak susah “menerima”..saya rasa darah O tak boleh terima sebarang drh kecuali O jugak kan..kalau tak salah ah :)

    18. ain says:

      salam, bro. nak betulkan sikit. Darah O adalah darah yang paling mudah untuk didapati. Semoge Pakcik Din cepat sembuh. Sesiapa yang berdarah O, cepat2lah pergi donate your blood. :)

    19. Faiz says:

      BEREHAT LAH ABG DIN, SEMUGA CEPAT SEMBUH…..