Fiza Elite diceraikan talak satu kerana curang

Posted: 8 November 2010 at 3:25 pm  

Lagi artis Malaysia kita bercerai, Terbaru Fiza Elite sudahpun diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin yang juga seorang ahli perniagaan.. Penceraian dilakukan di hadapan Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 4 November yang lalu… Punca penceraian masih lagi menjadi tanda tanya apabila Fiza Elite dan suaminya melarikan diri apabila crew Melodi cuba mendapatkan penjelasan daripada mereka…

Tapi, MyGosip masih ingat lagi pengakuan suami Fiza Elite sendiri di Bipop Berita Harian pada 3.10.2010 yang jelas mengatakan kecurangan Fiza Elite bersama Malek Marwi yang juga ayah kepada Erin Malek.. Jom kita baca pengakuan suami Fiza ni…

“Sebagai suami, saya akui gosip didedahkan media massa mengenai kecurangan Fiza bersama Malek sejak akhir-akhir ini adalah benar! Bagi saya, Fiza menipu dan menduakan suaminya adalah satu kesalahan. Kepercayaan saya membenarkan Fiza untuk terus berlakon disalah guna. Sebelum ini saya hanya mendiamkan diri, tapi lama kelamaan, perangai Fiza semakin teruk! Namun, saya akui sudah keluar rumah hampir empat bulan lalu, tapi tindakan saya bersebab kerana perangai Fiza yang semakin menjadi-jadi!

“Sudah beberapa kali saya berjaya menghidu kecurangan Fiza bersama beberapa lelaki termasuk bukti SMS. Bukan setakat itu saja, ibu Fiza juga masuk campur tangan urusan rumah tangga kami sehingga dia pernah tertonyoh hidung saya! Saya ambil keputusan keluar rumah, tapi saya tidak ke mana-mana, sebaliknya menetap bersama ibu dan ayah saya di Gombak, Selangor untuk sementara waktu. Namun, segala perbelanjaan Fiza bersama anak-anak saya sediakan, termasuklah pembayaran ansuran bulanan kereta Fiza dan rumah kami di Damansara, saya jelaskan.

“Terbaru, Fiza menjalin hubungan dengan seorang jurukamera bernama Malek. Sudah beberapa kali saya berjaya mengesan pergerakan mereka berdua. Pada Ramadan lalu, kedua-duanya dilihat sering keluar bersama dan Fiza menghantar Malek pulang ke rumahnya sekitar jam 3 atau 4 pagi beberapa kali! Fiza pula sanggup jadi driver Malek sedangkan kereta itu saya bayar ansurannya untuk kemudahan dia bersama anak-anak, bukannya bersama Malek ke hulu ke hilir. Fiza mahupun Malek sering menganggap perbuatan mereka itu tidak salah kerana sekadar keluar makan bersama, tapi kalau sudah bercuti bersama, apa cerita? Apabila isteri keluar rumah tanpa izin suami, hukumnya berdosa besar, inikan pula sewenang-wenangnya melabel semua perbuatan itu tidak salah!”

Jika benar apa yang dikatakan oleh suami Fiza Elite ni.. MyGosip harap Fiza segera la insaf dan bertaubat.. Tak kesian ke dekat anak-anak yang bakal menanggung malu akibat perbuatan ibu kandungnya sendiri ni.. ish ish ish…

fiza elite dan suami bercerai

Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat

PERHATIAN!: Anda digalakkan untuk memberi komen, pendapat dan nasihat, tetapi anda tidak dibenarkan sama sekali mencarut atau menyebut perkataan lucah dibahagian komen.. Pihak MyGosip tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang diberikan. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. budi bahasa budaya kita, komen lah secara berhemah

31 Responses to “Fiza Elite diceraikan talak satu kerana curang”
  1. amirul says:

    diam pun

  2. amirul says:

    diam la kau ni

  3. kojek says:

    baru je nampak fiza ngan malek kat pkns bangi tadi

  4. wanie_babam@yahoo.com says:

    ms khwn lom puas enjoy sbb 2 dh khwn wt prgai..suami pon mgkn ada slh ye klau x isteri x wat prgai

    • fyza says:

      btol ke cite nie?
      cm xcaye je..
      nmpak muke fiza baek je..sweet2 je.. :amazed:
      ish.. btol2 xsangka la fiza mcm tu sebenarnya..
      hem.. artis2,tgok mke je baek.. tp sbnarnya…ishh..da la nme dye sme dgn aq..

  5. waniee says:

    ishhhh2..x bek wt cm 2 fiza……

  6. ken lee says:

    ha! mmg betul la dgn malek..aku baru google nmpak muka sama dgn si malek..

  7. ken lee says:

    aku baru je nmpak si fiza nei dgn sorg mamat naik mercedes tgh mkn kat asam pedas claypot melaka…meja sebelah aku je! seksi nak mampos! aku egtkan suami dia..xtaw plak dah cerai…dgn jantan mana la dia bercuti…

  8. gadis nakal says:

    :bored: hye,mcm2 kes ler…
    suami curg,isteri curg…
    dunia2…..

  9. lissas says:

    suami fiza buat perkara yang benar melepaskan fiza x nak tanggung dosa besar.

  10. zarith says:

    Farriq boss yg best! so i tau dia x kan buat apa yg bekas isterinya buat walaupun semasa menjdi suami isteri..

  11. says says:

    hrmm para pmbaca sekalian,jangan la kita asyik mk wt komen je hal artis,kita jaga lah diri sndiri biarla artis dgn dunia mrka yg ptg sunia yg sbnr adalah akhirat.so jgn nk tmbh dosa je ye u all :P

  12. MIZZ NURUL says:

    apala punya pompuan.. aku kenal dia kt penang dulu

  13. kasma says:

    setuju tindakan suami Fiza.Dayus seorg suami membiarkan isteri berlaku curang.sedangkan dia tau.

  14. adios says:

    hai..dunia nak kiamat. tak kenal mana dosa n pahala. mcmmana nak beri teladan kpd generasi muda jika org tua pun tak betul. Takut sungguh jika dipikirkan budaya melayu masa depan

  15. james says:

    bagus tindakan suami fiza……

  16. ieda says:

    tu lah dia .. bila bercinta x sabar nak kawin .. bila kawin mude pulak tuu ..
    dah kawin selokk nak anak cepat ..
    dah ada anak .. x cukup suami satu nak tambah lagi !

    dah mcm mana artis2 nie nak jadi idola masyarakat !! x der nyer .. kalau mcm nie .. lagi menjahanamkan minda rakyat adalah ! erghhhh sakit ati

    pastu cakap , dah x der jodoh nak buat mcm mana … balik2 silapkan jodoh salah kan allah lah tuu !

    bodo punye manusia ! haaaaaa amikkk :x

  17. mimiey says:

    adoi2…..ape nak jd… :cry:

  18. akuestela0603 says:

    artis skg suke2 je nak cerai….elok2 da hidup b’tahun2 sebelum jd artis.bila da jd artis,cerai plak..apa nak jd….ingt pas jd artis byk yg nak ker? :x

  19. shima sha........ says:

    artis , biasa la ….perangai buruk bebenor

  20. cta says:

    stiap perbuatan pasti ada balasan walau sebesar zara sekalipun….lambat atau cepat pasti akan berlaku…curang adalah dosa2 besar.bertaubat lah sebelum terlambat…
    :cry:

  21. cta says:

    stiap perbuatan pasti ada balasan walau sebesar zara sekalipun….lambat atau cepat pasti akan berlaku….bertaubat lah sebelum terlambat…
    :cry:

  22. mama suti says:

    ada laki mahu cari lain pulak gatal lah si fiza ni…..

  23. Fadhilah via Facebook says:

    pompuan curang ble bilang,…lelaki curang x terbilang…ishx3.

  24. Lang via Facebook says:

    zaman skrg ramai sgt ppuan yg curang..dunia akhir zaman..

  25. zeton says:

    eeee x paham dgn artis zaman skrg ni.. suke2 je nk cerai2 ni.. kalau bosan je gi curang.. kalau kantoi trus cerai.. erk.. anak2 yg x tau pape jgk yg jadi mangsa. :x

  26. shaniza sukor says:

    ape nak jd n artis skng…. P,khwinan cm tkar bju je….da suami curang plak….mgkn hnya die n suami die yg tau pe sdg b,laku…..

  27. Azwana Binti Umar via Facebook says:

    dunia…dunia…dunia